Thursday, April 25, 2013

KHUSYUK


KHUSYUK



Dari Abi Darda’ , sesungguhnya Nabi s.a.w bersabda “ Yang pertama kali dilenyapkan dari umatku ini ialah rasa khusyuk sampai tidak lagi engkau melihat dalam solat itu orang yang khusyuk .” ( HR Thabrani dengan sanad hasan )

Dari Mutharrif dari bapanya, iaitu Abdullah bin Asy Syakhairi, ia berkata : Aku melihat Rasulullah s.a.w solat . Di dalam dadanya suara bergemuruh seperti gemuruhnya gunung berapi kerana menangis . ( HR Abu Dawud )

Dan Nasa’I dengan lafaz : Dalam dadanya ada suara gemuruh seperti gemuruhnya air yang mendidih kerana menangis, disahkan oleh Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hiban .



MEMELIHARA SOLAT RAWATIB

Dari Ummi Habibah bt Abi Sufyan, katanya : Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda “ Seseorang hamba yang solat kerana Allah sehari semalam 12 rakaat dengan senang hati di luar fardhu , pasti Allah akan bangunkan untuk dirinya sebuah rumah di dalam syurga .”

(HR Muslim dan Ashhabi Sunan) Dan Tirmizi menambahkan : “ Empat rakaat sebelum Zuhur, dua rakaat sesudahnya, dua rakaat sesudah magrib, dua rakaat sesudah isyak dan dua rakaat sebelum solat subuh, disahkan oleh Ibnu Khuzaim, Ibnu Hiban dan Hakim, tetapi mereka tidak menyebutkan dua rakaat sesudah isyak, melainkan sebagai gantinya mereka menyebutkan dua rakaat sebelum Asar, dan begitu pula .



Dari Aisyah dari Nabi s.a.w sabdanya “ Dua rakaat sebelum subuh lebih baik daripada dunia dan seisinya .” (HR Muslim )

Dan pada suatu lafaz “ Kedua rakaat tersebut lebih aku cintai daripada dunia ini seluruhnya .” Dan pada riwayat lain disebutkan : Nabi tidak pernah begitu kuat ketekunannya dalam mengerjakan solat-solat sunat rawatib melebihi dua rakaat sebelum subuh . (HR Muslim & Bukhari)



Dari Ummi Habibah, katanya : Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda “ Barangsiapa yang menjaga dengan baik 4 rakaat sebelum zuhur dan 4 rakaat sesudahnya, pasti Allah akan haramkan dia masuk neraka .” ( HR Ahmad & Ashabi Sunan serta disahkan Tirmidzi )

Dari Abdurrahman bin Humaid dari bapanya dari datuknya : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda “ Solat sunah sesudah Zuhur adalah seperti solat malam .” ( HR Thabrani )



SOLAT WITIR

Dari Ali bin Abi Thalib, katanya : Witir itu tidak merupakan suatu ketetapan seperti solat-solat wajib, tetapi sunah Rasulullah s.a.w . Baginda bersabda “ Sesungguhnya Allah itu Tunggal, maka Dia mencintai yang tungal, kerana itu solatlah Witir, wahai ahli Quran!.” ( HR Ashhabi Sunan )

Lafaz hadith tersebut ada pada Tirmizi dan beliau menghasankannya, tetapi Ibnu Khuzaimah mengesahkannya. Abu Dawud dan yang lain juga meriwayatkan hadith seperti itu dari Jabir.



Dari Jabir, ia berkata Rasulullah s.a.w bersabda “ Barangsiapa khuatir tidak dapat bangun tengah malam, hendaklah ia witir pada permulaan malam. Dan barangsiapa berkeinginan keras untuk bangun di akhir malam, hendaklah dia melakukan witir pada akhir malam, kerana solat di akhir malam itu disaksikan dan dihadiri oleh para malaikat ; dan solat tersebut adalah lebih utama .” ( HR Muslim )



WUDUK SEBELUM TIDUR

Dari Ibnu Umar, katanya : Rasulullah s.a.w telah bersabda “ Barangsiapa tidur di malam hari dalam keadaan suci, maka malaikat akan tetap mengikuti, lalu ketika ia bangun, nescaya malaikat itu akan berucap ‘ Allahummagfir li’abdika fulani fainnahu bata thahiran .



SOLAT MALAM

Dari Abdillah bin Amr bin Ash, katanya : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda “ Dari Abdillah bin Amr bin Ash, katanya : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda “ Solat yang paling dicintai oleh Allah adalah solat Dawud; dan puasa yang paling dicintai oleh Allah adalah puasa Dawud, iaitu ia biasa tidur sampai tengah malam, lalu ia bangun selama sepertiga malam dan tidur lagi selama seperenam malam;dan ia puasa sehari, kemudian berbuka sehari.”(Bukhari & Muslim)



Dari Jabir, katanya: Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda “ Sesungguhnya pada malaikat itu ada suatu saat, bila seseorang muslim bertepatan dengan waktu itu, lalu ia memohon kepada Allah Taala kebaikan dalam urusan dunia dan akhirat pasti Allah akan berikan kepadanya dan waktu itu adalah setiap malam .” ( HR Muslim )



Dari Abu Hurairah, ia berkata : Rasulullah s.a.w bersabda “ Mudah-mudahan Allah merahmati seseorang yang bangun di malam hari, lalu solat dan membangunkan isterinya. Jika isterinya enggan, ia percikkan mukanya dengan air. Dan mudah-mudahan Allah merahmati seseorang perempuan yang bangun di malam hari. Lalu dia bersolat dan membangunkan suaminya. Apabila ia enggan, ia percikkan air ke mukanya .” ( HR Abu Dawud dan lafaz ini ada pada sisinya )



Juga diriwayatkan Nasa’i, Ibnu Majah dan disahkan oleh Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hiban dan Hakim juga diriwayatkan oleh Thabrani dari Abi Malik Al Asy’ari dengan isi yang semakna .

Dari Abdullah katanya : Rasulullah s.a.w bersabda “ Kelebihan solat sunat malam disbanding dengan solat sunat siang seperti kelebihan sedekah sembunyi-sembunyi dengan sedekah terang-terangan .” ( HR Thabrani dengan sanad hasan )



Dari Sahal bin Sa’id , ia berkata : Jibril dating kepada rasulullah s.a.w lalu dia berkata “ Wahai Muhammad ketahuilah bahawa kemuliaan seseorang mukmin itu ialah ada pada solat malamnya dan keperkasaannya ada pada sifat menahan diri dari meminta-minta kepada orang lain .”

( HR Thabrani dari kitab Ausath dengan sanad hasan )



Dari Abdullah bin Qais, ia berkata : Aisyah berkata : “ Janganlah engkau tinggalkan solat malam, kerana Rasulullah s.a.w tidak pernah meninggalkannya dan bilamana baginda sakit atau dalam keadaan payah, baginda solat malam dengan duduk .”

( HR Abu Dawud dan disahkan oleh Ibnu Khuzaimah )



MEMBACA AL-QURAN DI MALAM HARI

Dari Iyas bin Muawiyah, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda “ Haruslah dikerjakan solat, walaupun lamanya seperti orang yang memerah susu kambing dan solat yang dilakukan setelah solat Isyak itulah yang dinamakan solat Lail .” ( HR Thabrani )

Dari Abdullah bin Umar bin Ash, ia berkata : Rasulullah s.a.w bersabda “ Barangsiapa membaca sepuluh ayat Al-Quran, maka dia tidak akan dicatat menjadi golongan orang-orang lalai, dan barangsiapa membaca 100 ayat maka ia akan dicatat menjadi golongan orang-orang patuh, dan barangsiapa membaca 1000 ayat maka ia akan dicatat menjadi golongan orang-orang yang mendapat rahmat yang banyak sekali .” ( HR Abu Dawud dan disahkan oleh Ibnu Khuzaimah )



Juga diriwayatkan oleh Ibnu Hiban tetapi pada sisi beliau dikatakan : “ Barangsiapa yang membaca 200 ayat maka dia akan dicatat menjadi orang-orang yang mendapatkan rahmat yang banyak sekali .”

Dari Umar bin Khatthab, ia berkata : Rasulullah s.a.w bersabda “ Barangsiapa tertidur dari membaca Al-Quran atau dari sesuatu, lalu ia membacanya di waktu antara soalt Fajar dan Zuhur, maka dituliskan untuk dirinya seolah-olah ia membaca seluruh Al-Quran itu di malam harinya .” ( HR Muslim dan Ashhabi Sunan )


SOLAT DUHA

Dari Abu Hurairah, ia berkata : “ Sahabat karibku berpesan kepadaku untuk puasa sehari pada setiap bulan; dan solat 2 rakaat pada waktu Duha; serta melakukan solat Witir sebelum aku tidur .” ( HR Bukhari dan Muslim )

Dan dalam riwayat Ibnu Khuzaimah dikatakan : “ Aku tidak pernah meninggalkan perbuatan-perbuatan tersebut, dan pada lafaz itu juga ia disebutkan ‘ dan aku tidak pernah meninggalkan solat Duha, kerana solat Duha ini adalah solat orang-orang bertaubat .”

( HR Muslim dari Abi Darda’ seperti hadith yang pertama tersebut )




Dari Abbas, katanya : Rasulullah s.a.w bersabda “ Wahai bapa saudara, mahukah engkau aku beri, mahukah engkau aku beri, mahukah engkau aku beri ? Mahukah aku ajarkan kepadamu 10 hal yang apabila engkau lakukan hal itu, Allah akan mengampuni dosa-dosamu yang dahulu mahupun yang kemudian, yang awal mahupun yang akhir, baik kerana kekeliruan mahupun kerana kesengajaan, yang kecil mahupun yang besar, yang tersembunyi mahupun terang-terangan. Sepuluh macam sifat itu ialah engkau solat 4 rakaat, pada tiap rakaat engkau membaca Al-Fatihah dan surah, apabila engkau selesai membaca pada awal rakaat, maka pada rakaat awal ketika engkau masih berdiri, maka bacalah “ Subhanallah wal hamdulillah wa lailaha illallah wallahu akbar “ ( Maha Suci Allah, segala puji hanyalah milik Allah, tiada Tuhan kecuali Allah dan Allah Maha Besar ) 15 kali, kemudian engkau rukuk, dan dalam keadaan rukuk engkau membaca, 10 kali, kemudian engkau bangkit, mengangkat kepalamu dari rukuk dan engkau mengucapkan doa itu 10 kali, kemudian engkau menunduk sujud, lalu mengucapkan bacaan itu 10 kali di waktu sujud, kemudian engkau mengangkat kepala dari sujud dan mengucapkannya, 10 kali kemudian engkau sujud dan mengucapkannya lagi 10 kali, kemudian engkau bangkit mengangkat kepalamu dari sujud dan engkau mengucapkannya 10 kali , dengan demikian berjumlah 75 kali setiap rakaat. Engkau lakukan.



SOLAT TAUBAT

Dari Abi Bakar Siddiq, ia berkata : Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda “ Tidak seseorangpun telah melakukan perbuatan dosa, kemudian ia mahu bersuci, lalu ia solat, melainkan pasti Allah akan memberikan ampun kepadanya.” Kemudian baginda membaca ayat ini “ Walazina iza fa’alu fahisyatan wa zalamu anfusahum zakarullah ” ( mereka itu apabila melakukan perbuatan zalim atau menzalimi diri mereka, lalu mereka mengingati Allah ) .

( HR Ashhabi Sunan dan dihasankan oleh Tirmidzi, disahihkan oleh Ibnu Hiban )



Dan pada ibnu Hiban disebutkan : “ Kemudian ia solat 2 rakaat .” begitu juga Ibnu Khuzaimah, telah mensahkan hadith ini .

SOLAT MOHON SEMBUH

Dari Utsman Bin Hunaif : Sesungguhnya seseorang buta dating kepada Rasulullah s.a.w, lalu ia berkata : Wahai Rasulullah berdoalah kepada Allah agar Allah menjadikan mataku ini dapat melihat. Atau dia berkata : Atau aku tinggalkan kamu. Lalu ia berkata : Wahai Rasulullah, sesungguhnya hilangnya penglihatanku ini menjadikan aku susah. Lalu baginda bersabda “ Pergilah dan berwuduklah, kemudian solatlah 2 rakaat, kemudian bacalah “ Allahumma ini as’aluka wa atawajjahu ilaika binabiyyi muhammadin nabiyir rahmah” ( Wahai Tuhan! Sesungguhnya aku meminta kepada-Mu dan aku menghadap kepada Tuhanku dengan perantaraan Nabi Muhammad, Nabi Rahmat ). Lalu ia berkata : Wahai Muhammad, apakah aku menghadap kepada Tuhanku dengan perantaraanmu supaya penglihatanku dapat kembali. Wahai Tuhanku, syafaatilah ia dengan diriku dan syafaatilah diriku dengan diriku . Kemudian orang itu pulang, ternyata Allah telah mengembalikan penglihatannya . ( HR Tirmidzi dan ia sahkan )



Dan riwayat Nasa’i dengan lafaz seperti ini . Diriwayatkan pula oleh Ibnu Majah dan disahkan oleh Ibnu Khuzaimah dan Hakim, sedangkan dalam riwayat Tirmizi disebutkan : Lalu Nabi menyuruh dia untuk berwuduk, lalu ia menyempurnakan wuduknya, kemudian berdoa dengan doa seperti tersebut di atas tanpa menyebutkan solat .” ( Diriwayatkan dalam kitab Ad’awat )



SOLAT ISTIKHARAH

Dari Jabir bin Abdillah, ia berkata : Adalah Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan kepada kami “ istikharah (memohon kebaikan ) di dalam semua urusan. Seperti halnya baginda mengajarkan kepada kami sesuatu surah Al-Quran, sabdanya “ Apabila seseorang di antara kamu berkeinginan melakukan sesuatu urusan, hendaklah dia rukuk 2 rakaat yang bukan fardu. Kemudian hendaklah ia mengucapkan : “ Allahummaini ‘astakhiruka bi’ilmika wa’astaqdiruka biqudratika wa as’aluka min min fazlikal ‘azim,fa innaka taqdiru wa la aqdiru wata ‘lamu anna hazel amrasyarrun li fi dini wa ma ‘asy wa ‘akibati amri : atau membaca ‘ajili amri wa ajilihi fashrifhu ‘ain washrifni ‘anhu, waqdurli al khaira haitsu kana summa radini bihi .”



Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu kebaikan, menurut pengetahuan-Mu. Dan aku mohon kekuatan dengan kudrat-Mu, dan aku mohon kepada-Mu dengan keutamaan-Mu yang agung. Sesungguhnya Engkau berkuasa melakukan apa yang tidak kuasa aku lakukan; dan Engkau adalah Maha mengetahui apa yang tidak ku ketahui; dan Engkau adalah Maha mengetahui yang lahir Wahai Tuhanku, sesungguhnya Engkau adalah Maha mengetahui bahawa urusan ini sekiranya menjadi baik bagi diriku untuk agamaku, kehidupanku dan urusanku di belakang hari atau sabdanya : “ Urusanku yang sekarang atau pun yang kemudian maka tentukanlah ketetapan untuk diriku, dan mudahkanlah aku untuk memperolehinya, kemudian berilah kepadaku berkah dalam urusan itu. Tetapi jika Engkau mengetahui bahawa urusan itu buruk bagiku, untuk agamaku, kehidupanku dan akhiratku .” atau sabdanya “ Urusanku di dunia dan kelak kemudian di akhirat, maka palingkanlah urusan itu dariku dan palingkanlah aku dari urusan itu; dan tetapkanlah untuk diriku kebaikan di mana saja adanya, kemudian redhailah urusan itu untuk diriku..” Lalu baginda bersabda “ Dan ia kemudian menyebutkan apa yang menjadi hajatnya .” ( HR Bukhari dan Ashahabi Sunan )

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.