Bertasbih lah dengan jari jemari kerana ia menjadi saksi akhirat kelak
Ramai sebahagian orang setelah solat fardhu mereka berzikir dengan kedua-dua tangannya (tangan kanan dan tangan kiri) atau berzikir dengan menggunakan tasbih (bijian) yang merupakan suatu perkara baru dalam agama, dari hadis dibawah ini rasulullah bertasbih dengan jari kanannya. Semak Hadits sahih yang berikut:
عن عبد الله بن عمر x قال: رأيت النبي يعقد التسبيح بيمينه.
Dari Abdullah bin Umar Radhiallahu'anhu, dia berkata: "Saya melihat Rasulullah bertasbih dengan (jari-jari) tangan kanannya." [304]
[304] HR. Abu Daud (2/81), At-Tirmidzi (5/521), dan lihat Shahihul Jami '(4/271, no. 4865).
penjelasan:
Dalam hadis ini disyari'atkannya bertasbih dengan jari jemari. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wassalam menerangkan alasannya, antara lain dalam riwayat yang menyebutkan bahawa jari jari itu akan ditanya dan akan bercakap sebagai saksi bahawa mereka mengetahui hal itu (Lihat Tuhfatul Ahwadzi syarh Sunan at Tarmidzi)
Subhanallah, Inilah Mukjizat Al-Quran tentang cap jari Sebagai Identiti
Setiap orang, termasuk mereka yang lahir kembar, memiliki pola cap jari yang khas dan berbeza di antara satu sama lain. Itulah sebabnya, cap jadi menjadi tanda pengenal manusia untuk membezakan seseorang dengan orang lain.
Menurut Harun Yahya, sistem pengekodan ini dapat disamakan dengan sistem kode garis (barcode) sebagaimana yang digunakan ketika ini. Penekanan pada cap jari mempunyai makna sangat khusus.
Apa pasal? Menurut Harun Yahya, hal itu disebabkan cap jari setiap orang adalah khas bagi dirinya sendiri. Setiap orang yang hidup atau pernah hidup di dunia ini memiliki siri cap jari yang unik dan berbeza dari orang lain.
Itulah sebabnya mengapa cap jari digunakan sebagai kad identiti yang sangat penting bagi pemiliknya dan digunakan di seluruh dunia. Keunikan cap jari ini baru ditemui pada akhir abad ke-19 M.
Sebelumnya, orang menghargai cap jari sebagai lengkungan-lengkungan biasa tanpa makna khusus. Namun dalam Al-Quran, Allah merujuk kepada cap jari, yang sedikitpun tak menarik perhatian orang waktu itu, dan mengarahkan perhatian kita pada erti penting cap jari, yang baru mampu difahami di zaman sekarang.
Pada abad ke-7 M, Al-Quran telah menyebutkan bahawa cap jari menjadi tanda pengenal manusia. Dalam Al-Quran disebutkan mudah bagi Allah untuk menghidupkan manusia selepas kematiannya, pernyataan tentang cap jari manusia secara khusus ditekankan dalam sebuah ayat.
Semaklah surah Al-Qiyamah ayat 3-4:
"Apakah manusia mengira bahawa Kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang-belulangnya? Ya, bahkan Kami mampu menyusun (kembali) hujung jari-jarinya dengan sempurna." (Al-Quran, 75:3-4).
Sungguh Al-Quran adalah firman Allah yang Maha Benar.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.