Setiap orang pasti
bermimpi sama ada ia sedar@tidak, sama ada ingat@lupa apa yang dimimpikan.
Kalau akal pergi sekali, dia akan ingat...Kalau akal tak pergi sekali..dia akan
lupa. Mimpi sudah dikaji orang. Yang handal, yang hebat bab mentakwil mimpi
ialah Muhammad Ibnu Sirin (ada kitabnya).Sebenarnya apabila kita tidur, ramai
yang mengangan-angankan mimpi yang baik2.
Firaun juga bermimpi
yang amat menakutkan, akan ada seorang Rasul yang menentangnya. Nabi Allah
Yusof juga bermimpi.....11 planet bintang, matahari dan bulan tunduk
kepadanya..Nabi Yusof mentadbirkan mimpi raja Mesir ..Nabi Ibrahim mimpi
sembelih anaknya...Dan berbagai peristiwa lagi..Mimpi menjadi petunjuk
...kadang2 menggembirakan, kadang2 menakutkan
Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam bersabda:
"Apabila hari
kiamat sudah hampir, maka mimpi-mimpi orang-orang beriman hampir-hampir
benar"
Kalau nak mimpi yang
benar...kena jaga perkataan. Bercakap benar walaupun dalam keadaan bersenda
gurau. Mimpi orang Islam...1 juzuk daripada 46 kenabian...ertinya 1/46 kenabian
(ada kebenarannya) selama mana tidak diberitakan pada orang.
MIMPI TERBAHAGI 3:
1) Mimpi menyukakan iaitu mimpi dari Allah.
1) Mimpi menyukakan iaitu mimpi dari Allah.
Mimpi sembahyang, baca
quran, mimpi tawaf, mimpi menziarahi sahabat2, mimpi ke Mekah, mimpi makan,
mimpi tidur...dll
2) Mimpi menakutkan iaitu mimpi yang diganggu syaitan.
Syaitan masuk dari sebelah kiri...dibawanya "filem-filem" yang menakutkan. Tu sebab kena tidur mengiring ke kanan. Ambil wuduk kerana malaikat diarahkan menjaga kita, duduk sebelah.
Syaitan masuk dari sebelah kiri...dibawanya "filem-filem" yang menakutkan. Tu sebab kena tidur mengiring ke kanan. Ambil wuduk kerana malaikat diarahkan menjaga kita, duduk sebelah.
3) Mimpi psikologi, benda
terlintas dlm hati.
Umpama siang tadi nak beli kereta, malam memandu kereta. Terbawa2 dalam mimpi (bisikan diri sendiri)
Umpama siang tadi nak beli kereta, malam memandu kereta. Terbawa2 dalam mimpi (bisikan diri sendiri)
Nabi SAW pernah
menjelaskan..."Mimpi yang baik itu ialah suatu berita gembira dari
Allah".
Umpama mimpi
bertemu Nabi SAW..mencium tangan Baginda...kebahagiaan bakal menjelma@ jika bermimpi berjumpa orangtua kita
(atau sesiapa saja) yang telah meninggal dunia dalam keadaan pakaian mereka
putih bersih, tidak reput...mereka berbahagia di alam barzakh
Apabila kita berwuduk sebelum tidur, roh kita akan naik ke tempat yang tinggi dan bertemu dengan roh orang-orang yang mati; bercakap dan berbual.Sampai masa, roh kita akan balik..roh orang mati pun nak ikut balik namun tak dibenarkan (ditahan). Roh kita (roh orang belum mati) akan dihantar balik semula ke bumi sehingga suatu masa yang akan ditentukan.
Perlu diingat, roh orang-orang yang mati TIDAK TURUN ke bumi. Jika kita bertemu dengan orang yang mati itu balik, maka BUKAN orang itu yang balik.Rohnya TIDAK TURUN . Mungkin gangguan makhluk halus yang menyerupai orang yang mati itu ingin mengganggu ketenteraman kita. Dah itu tugas dia.
Mimpi itu sesuatu yang
akan menunjukkan peristiwa yang akan berlaku pada masa akan datang. Ia bukan
ramalan.Ia umpama simptom@tanda-tanda. Contoh : mendung adalah tanda hujan akan
turun. Mimpi ini perlu ditakwil oleh mereka yang arif dalam hal ehwal mimpi
sebelum terbit matahari selepas solat Subuh. Kenapa perlu sebelum terbit
matahari selepas solat Subuh??? Supaya mimpi itu dapat diceritakan dengan
jelas...kerana jika menunggu hingga siang (lambat) bimbang terlupa ceritanya
satu persatu
Kedua-dua situasi (mimpi baik & mimpi yang buruk) TIDAK BOLEH diceritakan pada semua orang. Mengapa???? Pertama, jika mimpi menggembirakan...menyebabkan kita menerima kebaikan, bimbang orang akan dengki pada kita Jika mimpi yang tak baik pula...orang akan ketawakan kita.
JIKA BERMIMPI YANG MENYUSAHKAN
1- bangun dan ludah sebelah kiri 3x bertujuan menghina syaitan (ludah isyarat ~ jangan ludah betul2, nanti terbangun dan mengamuk le partner cik laki/cik bini sebelah kita tu!)
2- baca A'uzubillahhiminassyaitonnirojim...wamin syarri maa roaitu (Aku berlindung dari syaitan yang direjam dan dari kejahatan apa yang aku mimpikan)
3- beralih tidur dan
solat 2 rakaat@
4- kalau malas nak solat...beralih tempat tidur, ludah sebelah kiri 3x dan bacalah ayat di atas tadi.
MEREKA YANG BOLEH DIKONGSI MIMPI KITA
4- kalau malas nak solat...beralih tempat tidur, ludah sebelah kiri 3x dan bacalah ayat di atas tadi.
MEREKA YANG BOLEH DIKONGSI MIMPI KITA
~ Kita boleh bercerita
mimpi kita kepada (labib) orang berakal dan (habib) orang boleh dipercayai
simpan rahsia iaitu isteri,suami, ibu, ayah, nenek.
~ JANGAN cerita kepada orang2 perempuan yang bukan-bukan ,seteru (musuh) dan orang jahil.
~ Sebaik-baik mimpi ialah mimpi pada waktu sahur (1@2@3 pagi)
~ JANGAN cerita kepada orang2 perempuan yang bukan-bukan ,seteru (musuh) dan orang jahil.
~ Sebaik-baik mimpi ialah mimpi pada waktu sahur (1@2@3 pagi)
~ Jangan sekali-kali
tipu kata mimpi walhal tak mimpi
Sabda Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam;
"Barangsiapa bermimpi dan menipu dalam mimpinya, di akhirat nanti Allah SWT perintahkannya supaya mengikat biji gandum" (Itulah balasan orang yang menipu dalam bermimpi)
TAKWIL MIMPI MENGENAI
SUSU
Nabi SAW pernah bermimpi susu dan ghamis(jubah)
Nabi SAW pernah bermimpi susu dan ghamis(jubah)
@susu ~ tanda-tanda
ilmu
@pakai ghamis (jubah) ~ kuat agamanya
@pakai ghamis (jubah) ~ kuat agamanya
@minum susu unta ~
dapat harta yang halal
@minum susu lembu ~
negeri itu takkan kemarau
@minum susu
biri2~kesenangan dan sihat tubuh badan
@minum susu binatang
liar ~ berlaku keraguan, syak pada agama
@minum susu binatang
buas~ dikeji orang
@minum susu singa~
senang tapi dimusuhi orang
@susu singa jantan ~ menang peperangan
@susu singa jantan ~ menang peperangan
@minum susu anjing~
ketakutan
@minum susu kucing~
sakit
@minum susu harimau ~
ada musuh
ADAB-ADAB SUPAYA TIDUR
KITA DAPAT MIMPI YANG BAIK
1. bercakap mesti
benar, jangan temberang
2. tidur mengiring
dilambung kanan, sebelah kanan
3. baca surah As-Syams
~ Wasshamsi wad dhuhaha.....
sampai habis
4. baca surah Al
Lail~ Wallaili iza
yaghsha...sampai habis
5. baca surah At Tin ~ Wattini wazzaitun..sampai habis
6. baca surah
Al-Ikhlas
7. baca surah Al-Falaq
8.baca An-Nas
9. doa
~ Wallahu'alam~
~ Wallahu'alam~
P/S Sumber ~ Ceramah
Dato Ustaz Ismail b. Kamus
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.