Syarat dan Rukun Sembahyang
Syarat mengerjakan sembahyang mestilah memenuhi dan mematuhi segala rukun sembahyang itu dan jika salah satu syarat itu tidak dilaksanakan maka sembahyang itu tidaklah sah:-
Orang Islam. | |
Menghadap arah Kiblat | |
Suci dari Haidh, Nifas dan Junub. | |
Akil baligh | |
Melihat atau mendengar. | |
Jaga (tidak tidur) | |
Sudah masuk waktu sembahyang. |
Syarat Sah Sembahyang
Sesudah masuk waktu sembahyang. | |
Menghadap ke arah Kiblat. | |
Suci dari hadas kecil dan hadas besar (sudah berwuduk dan sudah mandi wajib jika ada sebabnya). | |
Suci pakaian, tempat dan badan dari najis. | |
Menutup Aurat, menutupi tubuh dengan pakaian sekurang-kurangnya dari pusat ke lutut (lelaki). Menutup semua badan kecuali dua tapak tangan dan muka (perempuan). Berpakaianlah dengan pakaian yang bersih sempurna dan indah kerana kita akan menyembah Allah. |
BERDIRI BETUL, jika tidak mampu boleh dengan duduk jika tidak mampu juga boleh sembahyang dalam keadaan berbaring. | |
NIAT, dilafazkan sewaktu mengangkat takbiratul ihram. | |
TAKBIRATUL IHRAM, mengucapkan perkataan Allahu Akbar. | |
MEMBACA SURAH AL-FATIHAH, bermula dengan bacaan Bismillah... hinggalah Waladhaallin. | |
RUKUK DENGAN THUMAKNINAH, membongkok 90 darjah. | |
IKTIDAL DENGAN THUMAKNKNAH, berdiri betul selepas rukuk. | |
SUJUD DUA KALI DENGAN THUMAKNINAH, membongkok sehingga dahi berada diparas lantai. | |
DUDUK ANTARA DUA SUJUD DENGAN THUMAKNINAH, duduk sebentar selepas sujud yang pertama. | |
DUDUK BAGI TAHAIYAT AKHIR. | |
MEMBACA TAHAIYAT AKHIR. | |
MEMBACA SELAWAT, membaca selawat keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. | |
MEMBERI SALAM, memalingkan muka kearah kanan dan memberi salam dan diikuti pula sebelah kiri juga dengan salam. | |
TERTIB, mengikut aturan, turutan atau urutan seperti yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Perkara lain yang dilakukan dalam sembahyang dari rukun ini dinamakan sunat. | |
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.