Salam hormat ,
“BERHENTILAH merokok. Simpan duit itu
untuk buat kebaikan,” pesan Mohammad Ameen.
Seorang bekas perokok tegar yang mula merokok
sejak belasan tahun lagi itu.
Lelaki yang berasal dari England Utara ini
pernah membelanjakan sehingga RM30 sehari
untuk menampung kos ketagihannya itu.
Namun, beliau memutuskan untuk berhenti
sepenuhnya menghisap 25 batang rokok
sehari yang selama ini dilakukannya itu.
“Seorang cendekiawan memberitahu saya merokok
itu haram kerana apabila seseorang itu merokok
dia sebenarnya sedang memusnahkan dirinya sendiri."
Kita semua tahu bahaya merokok jadi memang
benarlah kita sedang merosakkan tubuh kita.
Tambahan pula, pakar perubatan mengatakan perokok
sebenarnya sedang membunuh diri dengan perlahan.
“Tak sangka saya berhabis sehingga RM14,991 untuk
merokok dalam setahun!” luah Mohammed Ameen lagi.
“Ramai yang tidak sedar ada begitu banyak bahan
kimia dalam sebatang rokok. Sejumlah 85 peratus
daripada kes kanser paru-paru berlaku disebabkan
tabiat merokok."
“Malah, bukan perokok saja yang menderita, orang
di sekelilingnya juga menyedut toksin berbahaya
ketika berada dekat dengan mereka."
Pada hari ini, Mohammed Ameen sudah berada di
bumi Mekah dan bersedia untuk mengerjakan haji.
Malah, Penasihat Kesihatan Berhenti Merokok NHS
itu kini menggunakan pengalamannya itu untuk
menasihati perokok tegar yang lain agar
mempertimbangkan keputusan untuk berhenti merokok.
“Memanglah saya sendiri berhenti merokok secara
mengejut tanpa menggunakan sebarang bentuk gantian
namun saya harap orang lain akan menggunakan apa
jua bentuk bantuan yang diperlukan untuk berhenti
merokok.
“Pergilah dapatkan nasihat daripada pusat-pusat
pemulihan berdekatan tempat tinggal anda. Saya sudah
berjumpa ramai perokok yang gagal berhenti merokok
kerana mereka tidak mempunyai sokongan yang berterusan,”
Jika anda atau ada ahli keluarga yang
merokok, bantulah mereka. Ianya sangat bahaya.
Sayangi keluarga tersayang!
JomBerhentiMerokok
Pelajari Teknik Menyelamatkan Nyawa Insan Yang Anda Sayangi!
FrekuensiKaya.com
free web counter
map counter
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.