Sunday, August 15, 2010

Lubuk Duit di Hari Raya...

Salam untuk semua,

Pengumuman terbaru tentang kenaikan harga minyak dan gula, ketika kita diambang Ramadan dan Syawal benar-benar memberi
pukulan hebat kepada kebanyakan daripada kita.

Semua orang akan terjejas. Perbelanjaan harian kita pasti naik. Minyak kereta, kos sarapan pagi, tambang bas anak dan keperluan-keperluan lain.

Kenaikan harga minyak ini adalah ibarat teori domino, selepas satu naik, ia akan diikuti dengan berbagai-bagai kenaikan lagi
sedangkan pendapatan bulanan kita tidak berubah.

Jadi, adakah anda nak angkat sepanduk buat bantahan bagi menghalang kenaikan harga minyak?

Jika anda adalah seorang ahli yang aktif bagi mana-mana parti pembangkang...no komen.

Tapi, saya ada satu cadangan bagi mengatasi masalah ini secara proaktif. Ia bukan sahaja akan menyelamatkan anda daripada masalah
kewangan akibat daripada kenaikan harga minyak, tetapi juga mampu memberikan pendapatan tambahan yang lumayan.

Sekarang dah masuk bulan Ramadan, ketika ini, peniaga pakaian, songkok, tukang jahit, kain songket sudah mula mengatur strategi bagi
'menggempur' pasaran hari raya yang mana setiap tahun membolehkan peniaga-peniaga ini mendapat pulangan yang lumayan.

Apa yang kami ingin cadangkan bukanlah menjual pakaian, songkok ataupun menerima tempahan. Bisnes tersebut memerlukan kemahiran
dan premis tetap berserta lesen yang agak merumitkan kerana misi anda hanyalah untuk menjana pendapatan sampingan.

Tetapi, ada satu peluang bisnes yang anda boleh cuba bagi mengambil peluang daripada market musim perayaan ini. Ia tidak memerlukan premis,
ataupun lesen. Iaitu bisnes kuih raya.

Kuih raya 'ready made' sentiasa mendapat permintaan yang tinggi setiap kali tiba musim perayaan. Disamping itu, perniagaan ini
adalah sangat mudah
dijalankan dan mampu menjana pendapatan yang lumayan.

Anda percaya tak, dengan strategi yang betul, anda boleh menjana pendapatan yang menyamai setahun dengan hanya berkerja sebulan
melalui bisnes kuih raya.

Nak tahu apakah strategi-strategi tersebut:

KLIK SINI











No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.