Wednesday, February 10, 2016

Kisah terbanyak diceritakan dalam Al-Quran

Di dalam Al-Quran banyak mengandungi cerita dan sejarah. Dalam beberapa surah bahkan bentuk cerita lebih dominan dibanding yang lainnya, sebut saja surah Yusuf, Al-Qoshos, Hud dan lain-lain. Bila kita lebih meneliti dan mengkaji lebih dalam ternyata cerita dan sejarah dalam Al-Quran banyak berputar pada sejarah dan kehidupan Nabi Musa as.

Kisah Nabi Musa as tidak hanya terdapat dalam satu surah namun bertebaran dan diulang-ulang di beberapa surah lain. Imam Zarkasyi dalam kitabnya Al-Burhan fi ulum al-Quran menukil perkataan sebahagian ulama yang menyatakan bahawa kisah Nabi Musa dalam al-Quran terdapat dalam seratus dua puluh tempat.

Apa rahsia di sebalik ini semua? Mengapa cerita Nabi Musa lebih banyak dibanding cerita nabi-nabi atau rasul yang lain? Pengarang kitab Al-fann Al-Qoshoshi (Dr. Kholifullah) berhujah bahawa Yahudi dulu menguasai persekitaran Arab dari segi pemikiran agama, dengan kekuasaan inilah mereka banyak menceritakan sejarah Nabi Musa dan Firaun. Dari sini juga akhirnya keperibadian Nabi Musa lebih banyak disebutkan dalam Al-Quran dibanding dengan keperibadian Nabi Ayub atau nabi-nabi lain.

Namun pendapat ini ditolak oleh Dr. Muhammad al-Bahi. Dalam bukunya Sikologia al-Qishoh beliau menyatakan bahawa kehidupan agama bangsa Arab sebelum Islam berbeza-beza dan berkelompok. Sebahagian orang Yaman menyembah matahari, orang Mesir kuno menyembah bulan, sebahagian mereka atheis, sebahagiannya Yahudi dan selebihnya masih dalam ajaran yang lurus mengikuti datuk moyangnya terdahulu.

Dr. Abdurrahman Uwais (Dosen Tafsir Fakulti Ushuludin Universiti Al-Azhar Kaherah) akhirnya memberikan hujahnya yang menyatakan bahawa pengulangan kisah Nabi Musa yang lebih banyak dari yang lain dalam al-Quran kerana banyak persamaan antara Nabi Musa dan Nabi Muhammad dalam keadaan dakwah mereka. Kaum Musa menjadi hina dan rendah kerana selalu menjadi budak Firaun hingga rosaklah peribadian mereka yang akhirnya berkesudahan dengan penolakan kebenaran yang datang pada mereka.

Hal yang terjadi pada Nabi Musa ini juga terjadi dan sama dengan apa yang dilakukan oleh para pembesar Quraisy terhadap Nabi Muhammad. Kedua nabi ini memang mendapat misi untuk membentuk umat yang besar serta dianugerahkan syariat agama dan dunia namun dakwah Nabi Muhammad lebih berbeza kerana Rasulullah mempunyai keistemewaan dengan menyeluruh dan keabadiannya hingga akhir kiamat.

Sisi kesamaan lain adalah mereka sama-sama berusaha keras untuk meruntuhkan kerusi diktator, kemusyrikan dan kezaliman. Bani Israil tunduk dibawah hukum penguasa yang zalim hingga mereka tidak mempunyai kekuasaan apapun dalam diri mereka, sedangkan bangsa Arab berada di bawah kekuasaan suku-suku dan fanatisme golongan hingga kaum lemah selalu tunduk dan patuh pada kaum yang lebih kuat.

Kita juga melihat bahawa mereka (Nabi Musa dan Nabi Muhammad) selalu dibayangi konspirasi para penguasa. Banyak cara untuk melenyapkan dan menyingkirkan mereka dari segi penyiksaan, penghinaan hingga pembunuhan. Ternyata persamaan ini tidak hanya terbatas pada kedua nabi besar ini namun juga menimpa kepada para pengikut mereka dimana mereka rela dan bersabar walaupun ditimpa berbagai ujian, cubaan dan seksaan.

Walau demikian namun semua ini tidak menjadikan mereka gentar bahkan membuat iman mereka semakin tebal dan kukuh. Hal ini sangat jelas dilihat pada saat para penyihir yang sudah bertaubat dan sedar akan kebenaran Nabi Musa hingga mereka rela menerima ancaman dan seksaan yang diperintahkan oleh Firaun. Senada dengan itu para sahabat Nabi Muhammad selalu setia berjuang, berkorban hingga titisan darah terakhir untuk selalu berada dalam panji Islam dan cahaya Rasul.

Allah selalu menaruh hikmah di sebalik seluruh perbuatan-Nya dan tidak akan pernah membuat suatu hal dengan sia-sia. Oleh kerana itu maka tulisan yang disarikan dari kitab Qishotu ash-Shuraa 'baina ad-Dai'iyah wa ath-Thogiyah Musa wa Fir'aun fi Dhaui ayat al-Quran al-Karim ini sebenarnya tidak bertujuan untuk menghuraikan cerita Nabi Musa secara terperinci namun ia hanya berusaha mengambil beberapa pelajaran, hikmah dan 'ibrah yang mudah-mudahan dapat bermanfaat untuk kita bersama.

Saat Kelahiran

Masa menjelang kelahiran nabi menaruh pelajaran yang sangat berharga bagi kita dimana kekuasaan dan usaha yang dilakukan manusia tidaklah bermakna apa-apa jika Allah berkehendak yang lain. Kita dapat mellihat dimana keangkuhan Firaun dan bala tenteranya membunuh bayi lelaki yang lahir dari Bani Israil, kerana firaun berspekulasi bahawa pada masa akan datang seorang keturunan dari bani Israil akan menghancurkan kekuasaannya. Namun selamatnya Nabi Musa bahkan hidup di istana Firaun membuktikan kelemahan manusia di hadapan Allah.

Ketika mencari bayi Nabi Musa isteri Firaun (Asiah) berhasrat untuk dijadikan anak angkat dengan harapan agar dia dapat menjadi peneduh hati dan penyejuk pandangan kedua-dua pasangan yang tidak dikurniakan keturunan ini. Namun apalah daya, ternyata ia berbalik menjadi "bumerang" kepada Firaun. Maka benar lah sebuah ungkapan Arab bahawa balasan itu sesuai apa yang ia lakukan (al-jaza min jinsi al-'amal).

Masa muda Nabi Musa

Pada masa ini Nabi Musa mendapati dua orang sedang bertengkar, beliau memilih untuk memukul orang asing demi menolong pemuda yang berasal dari kaumnya hingga membuat beliau hijrah ke Madyan. Dari sini kita dapat mengambil pelajaran bahawa apa yang Allah kehendaki itu pasti lebih baik walau secara zahir dilihat kurang baik.

Salah satu hikmah dari hijrahnya Nabi Musa berupa sebuah pendidikan dan persiapan kepada para juru dakwah agar dapat hidup di dunia yang masih murni dan suci jauh dari suasana istana dan kemegahan serta konspirasi dan fitnah di dalamnya dan agar mereka tetap bergantung pada Allah di mana-mana mereka tinggal .

Dalam sesi ini ada beberapa kesamaan antara kisah Nabi Musa dan Nabi Yusuf. Diantarnya adalah mereka diasingkan dari asuhan dan kasih sayang orang tua namun apa yang terjadi pada Nabi Musa lebih menggambarkan peranan si ibu sedangkan kisah Nabi Yusuf lebih menekankan pada peranan ayah. Keduanya juga membesar di zaman kekufuran, kezaliman dan kerosakan berleluasa sehingga akhirnya Allah menjaga mereka dengan cara mengasingkannya agar tidak bercampur baur dengan keadaan ini.

Kedua nabi ini juga menggambarkan peranan para wanita. Bezanya wanita yang ada pada kisah Nabi Yusuf berbanding dengan yang ada pada kisah Nabi Musa. Wanita pada cerita Nabi Yusuf (isteri penguasa Mesir yang cuba menggoda Nabi Yusuf) lebih cenderung sebagai penguji dan cubaan (mihnah) ada pun wanita yang terdapat dalam kisah Nabi Musa (baik ibu, saudara perempuannya, isteri Firaun hingga isteri Nabi Musa) lebih cenderung membawa angin positif, anugerah dan rahmat dari Allah (mihnah).

Ketika di Madyan Nabi Musa bertemu dengan dua orang wanita yang sedang beratur untuk mengambil air. Setelah dibantu Nabi Musa salah seorang wanita tadi kembali dan memanggil Nabi Musa dan memberitau bahawa ayah mereka ingin bertemu dengannya dimana nantinya salah seorang di antara mereka akan dijadikan isteri Nabi Musa.

Kita banyak mendapat pelajaran dari kisah kedua wanita ini diantaranya wanita sebaiknya tidak keluar seorang diri walau hal itu sebenarnya dapat dilakukan, keluarnya kedua wanita tadi bukan sekadar untuk sesuka hati namun untuk memenuhi keperluan penting keluarga. Ketika wanita keluar rumah hendak lah selalu beradab dan sopan tidak berlenggang-lenggok dan mata yang menggoda. Keluarnya wanita harus disesuaikan dengan keperluan saja dan ketika dia sudah selesai melaksanakan keperluannya sepatutnya dia segera pulang.

Diangkat menjadi Nabi

Setelah berhijrah ke Madyan dan berjaya berkahwin dengan salah seorang puteri iaitu Siti Safurah anak kepada Nabi Syu'aib beliau pergi menuju ke Mesir. Di tengah-tengah perjalanan iaitu di bukit Tursina beliau diangkat menjadi nabi dengan diberikan beberapa mukjizat seperti tongkat "ajaib" dan tangan yang boleh bersinar. Dari sana juga beliau diberi gelaran kalimullah (orang yang dapat berdialog dengan Allah).

Namun ketika beliau diperintahkan untuk menyampaikan dakwah ternyata menyelinap sedikit rasa takut untuk memikul beban dan tugas ini. Hal ini berdasarkan oleh beberapa alasan diantaranya Firaun terkenal dengan kezaliman, kemungkaran dan pengakuannya sebagai tuhan. Selain itu Nabi Musa juga merasa melakukan kesalahan ketika membunuh seorang pemuda hingga memaksanya berhijrah ke Madyan. Perasaan raasa bersalah inilah yang menimbulkan rasa takut dalam diri beliau.

Namun Allah menjanjikan keselamatan dan mereda rasa takut kepada utusan-Nya ini dengan firman-Nya; "Wahai Musa! Kemarilah dan jangan takut. Sesungguuhnya engkau termasuk orang yang aman. "(QS. Al-Qashash [28]: 31). Dari sini para juru da'i dapat mengambil pelajaran bahawa selama ia merasa yakin dalam kebenaran maka janganlah merasa takut ketika ia harus menghadapi lawan yang zalim walau berdiri seorang diri kerana Allah selalu bersamanya.

Tenggelamnya Bani Israel

Allah juga menunda azab kepada para hamba-Nya yang ingkar namun bila sudah tiba waktunya tidak ada yang dapat menghindarinya. Dari sinilah kita diperintahkan untuk menyegerakan taubat kerana ia tidak dapat diterima ketika roh mencapai tekak atau yang mati dalam keadaan kafir sebagaimana terdapat dalam surah an-Nisa ayat 18;"Dan taubat itu tidaklah (diterima Allah) dari mereka yang melakukan kejahatan hingga apabila datang ajal kepada seseorang diantara mereka (barulah) dia mengatakan, saya benar-benar bertaubat sekarang. Dan tidak (pula diterima) dari orang-orang yang meninggal sedang mereka di dalam kekafiran. Bagi orang-orang itu kami sediakan azab yang pedih. "

Jasad Firaun sehingga kini masih ada di Muzium Kaherah berdekatan dengan Bulatan Tahrir. Hal ini sesuai dengan janji Allah, "Maka pada hari ini Kami selamatkan ragamu agar engkau dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang setelahmu" (Yunus [10]: 92).

Hikmah

1. Dari sini kita dapat mengambil beberapa hikmah diantaranya bahwa siapa saja yang berbuat seperti yang dilakukan Firaun akan mendapat balasan yang sama dengannya khususnya bagi mereka yang berani mengaku menjadi tuhan. Jasadnya diabadikan hingga lautpun tak sudi menerima jasad makhluk kotor ini.

2. Hikmah lainnya adalah agar para pengikut Firaun ini tidak boleh membuat mitos-mitos dan keterangan palsu seperti Firaun sudah diangkat ke langit dan sudah berada di tempatnya dengan tenang. Mudah-mudah kisah ini semua dapat menjadi ibrah (yang mendatangkan iktibar) dan manfaat bagi kita semua. 

Diterjemahkan dari sumber fiqhislam.com

Tobatnya Shahabat Anshar yang Melihat Wanita Mandi

Betapa generasi shalafus shalih telah melahirkan orang-orang yang terbaik di zamannya, yang sangat sulit akan ditemukan di zaman ini. Seperti diriwayatkan dari jabir bin Abdullah al Anshari radhiyallahu anhu: “Ada seorang pemuda Anshar masuk Islam, bernama Tsa’labah bin Abdurrahman”, ucapnya. Pemuda itu sangat senang dapat melayani Rasulullah Shallahu ‘Alaihi wa Sallam.
Suatu ketika Rasulullah Shallahu ‘Alaihi wa Sallam menyuruhnya untuk suatu keperluan, maka pemuda itu melewati sebuah pintu rumah lelaki Anshar, dan pemuda itu melihat seorang wanita Anshar sedang mandi.
Lalu, pemuda yang bernama Tsa’labah itu, takut kalau Allah menurunkan wahyu kepada Rasulullah Shallahu ‘Alaihi wa Sallam, dan memberitahukan tentang perbuatannya, maka ia pun lari sekencang-kencangnya menuju gunung-gunung yang ada antara Mekah dan Madinah untuk bersembunyi.
Nabi Shallahu ‘Alaihi wa Sallam, kehilangan Tsa’labah selama empat puluh hari, maka turunlah Jibril alaihis sallam kepada Nabi Shallahu ‘Alaihi wa Sallam, dan mengatakan, “Wahai Muhammad, sesungguhnya Tuhanmu mengirimkan salam dan berfirman kepadamu , “Sesungguhnya ada seorang lelaki dari umatmu telah berada di gunung-gunung ini memohon perlindungan kepada-Ku”.
Maka, Nabi Shallahu ‘Alaihi wa Sallam, bersabda, “Wahai Umar dan Salman carilah Tsa’labah bin Abdurrahman dan bawalah ia kepadaku”. Selanjutnya, Umar bersama dengan Salman berjalan keluar dari jalan-jalan Madinah, dan bertemu dengan seorang pengembala di Madinah bernama Dzufafah, dan Umar bertanya kepadanya, “Apakah kamu tahu seorang pemuda yang berada di gunung ini, namnya Tsa’labah?”. Dzufafah menjawab, “Barangkali maksudmu adalah lelaki yang lari dari neraka jahanam?”. Umar bertanya, “Apakah yang kamu maksudkan bahwa ia lari dari neraka jahanam?”.
Dzufafah menjawab, “Karena, jika di waktu malam telah tiba, maka ia datang kepada kami dari tengah gunung-gunung ini dengan meletakkan tangannya diatas kepalanya sambil berteriak, “Wahai, seandainya, Engkau cabut nyawaku, dan Engkau matikan tubuhku, dan tidak membiarkan untuk menunggu keputusan takdir-Mu”. Dan, Umar menjawab, “Dialah lelaki yang kami maksudkan”, ucapnya. Kemudian, Umar datang kepadanya dan mendekapnya, dan Tsa’labah bekata, “Wahai Umar. Apakah Rasulullah Shallahu ‘Alaihi wa Sallam, tahu tentang dosaku?”. Umar menjawab, “ Saya tidak tahu, hanya kemarin beliau menyebutmu, lalu menyuruhku dengan Salman mencarimu”. Tsa’labah berkata, “Wahai Umar, janganlah engkau bawa aku kepada Nabi Shallahu ‘Alaihi wa Sallam, kecuali beliau sedang shalat. Maka, Umar segera kedalam barisan shalat bersama dengan Salman. Dan, ketika Tsa’labah mendengar bacaan Nabi Shallahu ‘Alaihi wa Sallam jatuh pingsan.
Ketika Rasulullah Shallahu ‘Alaihi wa Sallam sudah salam, Beliau bersabda, “Wahai Umar, wahai Salman apa yang dilakukan Tsa’labah?”. Keduanya menjawab, “Ini dia Rasulullah”. Kemudian, Nabi Shallahu ‘Alaihi wa Sallam berdiri menggerak-gerakan badan Tsa’labah, dan membangunkannya”. Lalu, Rasulullah bertanya, “Mengapa engkau menghilang dariku?”. “Dosaku sangat besar, wahai Rasulullah”, ucap Tsa’labah. Dan, Nabi Shallahu ‘Alaihi wa Sallam, bersabda, “Tidakkah aku pernah tunjukkan kepadamu ayat yang menerangkan penghapusan dosa dan kesalahan”. “Ya, wahai Rasulullah”, jawab Tsa’labah. Nabi Shallahu ‘Alaihi wa Sallam, bersabda, “Bacalah”. “ …Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia, dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa api neraka”. (al-Baqarah : 201).
Tsa’labah berkata, “Wahai Rasulullah, dosaku sangat besar”. Nabi Shallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda, “Bahkan firman Allahlah yang paling besar”. Kemudian, beliau menyuruhnya pulang ke rumahnya. Sejak itu, Tsa’labah sakit selama delapan hari, kemudian datang Salman kepada Rasulullah Shallahu ‘Alaihi wa Sallam, dan berkata, “Wahai Rasulullah, sudah tahukah engkau berita tentang Tsa’labah? Sesungguhnya, ia sedang sakit keras, karena perasaan dosanya”. “Marilah kita menjenguknya”, ucap Rasulullah.
Sesudah Rasulullah Shallahu ‘Alaihi wa Sallam, sampai di rumah Tsa’labah, meletakkan kepala Tsa’labah diatas pangkuannya. Tetapi, setiap kepalanya diletakkan dipangkuan Rasulullah, selalu Tsa’labah menggesernya. “Kenapa kamu geserkan kepalamu dari pangkuanku?”, tanya Rasulullah Shallahu ‘Alaihi wa Sallam. “Kepalaku penuh dengan dosa, wahai Rasulullah”, jawab Tsa’labah. Nabi Shallahu ‘Alaihi wa Sallam bertanya , “Apakah yang kamu lakukan?”, tanya Rasulullah Shallahu ‘Alaihi wa Sallam. “Seperti rayap dan semut berada diantara tulang, daging dan kulitku”, jawab Tsa’labah. “Apakah yang kamu senangi?”, tanya Rasulullah Shallahu ‘Alaihi wa Sallam. “Ampunan Tuhanku”, jawab Tsa’labah.
Kemudian, Jabir berkata, “Ketika itu turunlah Jibril Alaihisallam, mengatakan, “Wahai Muhammad, sesungguhnya Tuhanmu mengirimkan salam padamu, dan berfirman, “JIka hamba-Ku ini menemui-Ku dengan dosa sejengkal tanah, maka Aku akan menemui dengan sejengkal ampunan”. Ketika itu, Rasulullah Shallahu ‘Alaihi wa Sallam memberitahu Tsa’labah, dan seketika itu, Shahabat Tsa’labat menjerit, karena senang, dan kemudian meninggal.
Rasulullah Shallahu ‘Alaihi wa Sallam, menyuruh para Shahabat lainnya,memandikan dan mengkafaninya. Ketika, beliau meshalatinya, belaiu datang berjalan dengan merangkak. Ketika dimakamkan, beliau ditanya, “Wahai Rasulullah, kami melihatmu berjalan merangkak”. Kemudian, Rasulullah Shallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda, “Demi Allah yang telah mengutusku sebagai Nabi dengan haq, aku tidak bisa meletakkan kakiku diatas bumi, karena banyaknya malaikat yang turun mengantarkan jenazah Tsa’labah”.  Wallahu’alam.

Cara Beribadah kepada Allah


Setelah memahami bahwa tujuan manusia adalah menyembah Allah, perlu kita pelajari bagaimana cara-cara manusia menyembah Allah. Kemajuan lahir dan batin manusia tidak terpisah. Dengan manusia menyembah Allah secara lengkap dan tepat, maka ajaran Islam akan terlihat cantik

Cara menyembah Allah ada 3 bagian,

1. Ibadah yang asas : mempelajari, memahami, meyakini, rukun iman, serta mempelajari, memahami dan melaksanakan rukun islam.
2. Ibadah fadhailul amal : Amalan-amalan yang utama seperti puasa Senin Kamis, shalat tahajud, shalat sunat rawatib, membaca ayat-ayat tasbih, tahmid, tahlil, membaca shalawat, dll
3. Ibadah yang umum, yang lebih luas, seluas dunia, yaitu ibadah yang mubah jadi ibadah asalkan menempuh lima syarat ibadah

Lima syarat ibadah untuk ibadah umum adalah sebagai berikut

1. Niat mesti betul
2. Perkara yang kita buat dibenarkan syariat
3. Pelaksanaan sesuai dengan syariat
4. Natijah (hasil) digunakan sesuai syariat
5. Jangan tertinggal ibadah yang asas

Ibadah yang asas, serta ibadah yang fardhu, kalau kita dapat amalkan sungguh-sungguh lahir dan batin, dengan penuh khusyuk, dapat membuahkan akhlak yang mulia, budi pekerti yang baik, khusnul khulq. Akhlak yang mulia ini merupakan buah ibadah. Sebab itulah Allah menilai ibadah manusia bukan atas dasar banyak tapi sejauh mana memberi hasil, dapat membuahkan akhlak. Seharusnya makin banyak beribadah, makin halus akhlaknya. Itu yang disebut amal taqwa, amal sholeh. Tapi kalau ibadah banyak tidak membuahkan akhlak mulia, masih lagi dihukum di neraka.

Pernah Rasulullah SAW berkumpul bersama dengan para sahabat, kemudian Rasulullah berkata, saya memiliki seorang tetangga wanita, dia berpuasa siang harinya dan di malam harinya shalat tahajjud, tetapi ia ahli neraka. Sahabat bertanya, bagaimana wanita itu ya Rasulullah, jawab baginda Rasulullah SAW, wanita itu selalu menyakiti tetangga dengan lidahnya. (Tidak ada kebaikan lagi baginya) dia adalah ahli neraka. Kenapa ? sebab ibadah tak berbuah. Jadi orang yang menyakiti orang lain, ibadahnya tidak melahirkan akhlak.

Sementara itu satu hari Rasulullah SAW bercerita di depan sahabat, tidak lama lagi akan datang seseorang di majlis ini, dia ahli syurga. Kalau Rasulullah SAW berkata, dia itu ahli surga, maka itu pasti ahli syurga. Jadi sahabat menunggu siapa yang akan datang. Tak lama kemudian datang seseorang. Sahabat banyak yang tidak kenal. Setelah kuliah, sahabat ada yang ingin mengambil perhatian, apa amalannya sampai Rasulullah sebut dia ahli syurga. Sahabat itu mengikuti sampai ke rumahnya dan meminta izin untuk bermalam. Sahabat ingin melihat apa amalannya sehingga Rasulullah sebut ahli syurga. Jadi setelah diikuti sepanjang malam, tidak ada yang istimewa, shalat sunat tak dibuat, tahajud pun tak dibuat. Setelah subuh sahabat bertanya, waktu kuliah semalam Rasulullah berkata, sebelum saudara datang, sebentar lagi akan datang seorang ahli syurga. Saya ingin tanya apa amalan saudara, sampai dapat dikatakan ahli syurga. Jawab orang itu, saya bukan saja tidak ada hasad dengki (iri hati) dengan orang, niat untuk hasad pun tidak ada. Jadi ibadah yang sedikit berbuah.

Sedangkan ibadah yang ketiga adalah bentuk ibadah yang lebih luas lagi. Setiap kerja akan menjadi ibadah apabila menempuh lima syarat. Misalnya di bidang ekonomi, sains teknologi, pendidikan, pemerintahan, dan lain lain. Jelaslah bagi kita bahwa ibadah ini akan melahirkan pembangunan fisik. Inilah yang dikatakan ada keseimbangan di antara pembangunan rohaniah dan fisik.

Bagaimana yang disebut seimbang ? Bila kita melaksanakan ibadah yang pertama dan kedua artinya kita melahirkan akhlak yang mulia, kemudian melaksanakan ibadah yang ketiga dengan menempuh 5 syarat, maka melahirkan pembangunan fisik. Kalau umat Islam benar-benar mengikuti kaedah itu maka tentulah Islam akan berjaya memakmurkan dunia. Tetapi selagi kita masih mengikuti sistem orang lain, bukan kejayaan yang dicapai bahkan berkrisis sesama sendiri.

Setiap usaha ikhtiar kita akan jadi ibadah bila menempuh 5 syarat, banyak perkara yang kita tidak faham selama ini sudah dapat difahami. Apa yang kita fahami melalui kaedah 5 syarat ini :

1. Kaedah 5 syarat membuktikan bahwa kemajuan dunia dan kemajuan akhirat tidak terpisah, atau ibadah dan kemajuan tidak terpisah. Buktinya kalau kita menguruskan kedai dengan menempuh 5 syarat, bukankah itu kemajuan dunia. Dia dapat maju di bidang ekonomi, bahkan apabila dia menempuh 5 syarat, Allah nilai dengan syurga. Mana yang dikatakan terpisah di antara kemajuan dunia dan akhirat.
2. Setelah kita mengetahui tentang kaedah 5 syarat ini, maka salahlah pandangan umum selama ini yang menganggap 50 % dunia, 50 % akhirat. Mana ada 50-50 dalam Islam. Dalama Islam kemajuan dunia itulah juga kemajuan akhirat.
3. Dengan kaedah 5 syarat maka nampaklah pada kita keindahan Islam. Satu perkara kita buat, dapat dua keuntungan, untung dunia dan untung akhirat.
4. Pembangunan yang ditegakkan, baik di bidang sains teknologi, pendidikan dsb., itu merupakan buah. Buah yang lahir ada pohonnya, yaitu karena umat Islam menegakkan hukum-hukum dan inadabh kepada Allah dalam kehidupan. Contohnya yang membuat perniagaan dengan membuka kedai karena tuntutan fardhu kifayah. Bila maju kedai itu artinya dia telah membangun kemajuan di bidang ekonomi.
5. Kalau begitu, semakin banyak umat Islam beribadah dengan cara yang ketiga, maka semakin banyaklah kemajuan umat Islam. Akhirnya umat Islam dapat berdikari tanpa bersandar nasib dengan tamadun orang kafir. Sebaliknya jika umat Islam lalai menegakkan ibadah bentuk yang ketiga maka semakin kurang kemajuan yang dicapai oleh umat Islam. Akhirnya umat Islam akan selamanya bersandar nasib dengan orang yang bukan Islam dan sampai kapanpun umat Islam akan hina diperhambakan orang.

Justru itulah kalau kita fahami maka ajaran Islam akan terlihat cantik, di samping kita mendapat kemajan di dunia, juga mendapat kemajuan di akhirat. Kemajuan yang dicapai tidak menimbulkan krisis sesama sendiri. Tetapi kalau kita tidak dapat memahami ajaran Islam dan lalai pula mengamalkannya, maka kita tidak akan mendapat kemajuan walaupun kita usahakan, sebaliknya kita bahkan akan berkrisis sesama sendiri.


kopidepasta..

4 Cara Untuk Istiqamah Dalam Ketaatan




Al Allama Habib Ali Al Jufri menggariskan 4 perkara yang mengandungi cara untuk kita mengekalkan ketaatan kita kepada Allah SWT. Manusia sememangnya terkenal dengan sifat putus asa dan futur, terutama di dalam perihal ibadah kepada Allah SWT. Perkataan 'An Nas' itu sendiri berasal dari 'nasiya' bermaksud lupa. Maka, kita selaku umat Islam yang masih lagi bertatih di dalam usaha mendapatkan kekuatan iman dari Allah SWT amat memerlukan panduan dari para ulama yang telah melalui pengalaman mujahadah yang penuh liku lebih awal dari kita. Menjadi sifat mereka mengamalkan setiap apa yang dilafazkan, dan apa yang dikeluar dari mulut mereka itu pastinya merupakan antara cara terbaik yang boleh kita amalkan dalam usaha merebut redha Allah SWT.

Pertama : Berdoa Kepada Allah

Tiada ketaatan yang dapat dibina melainkan dengan ketentuan dan izin Allah SWT. Dengan kata lain, kita tidak mampu untuk melakukan walau satu ketaatan melainkan dengan izin Allah dan tidak mampu untuk kita meninggalkan walau satu maksiat melainkan dengan kekuatan dari Allah dan izinNya. Maka, kita hendaklah sentiasa berdoa mengharapkan Allah mempermudahkan urusan ketaatan kita, memberikan khusyuk dalam ibadah, memberikan kekuatan untuk beramal dan memberikan kekuatan untuk bermujahadah melawan nafsu dan syaitan. Al Allama Habib memberikan contoh berkenaan wasita yang Rasulullah SAW berikan kepada Saidina Muaz bin Jabal di dalam hadith yang bermaksud : Mu’az bin Jabal ra menceritakan bahawa suatu hari Rasulullah saw memegang tangannya seraya mengucapkan, “Hai Mu’az, demi Allah sesungguhnya aku benar-benar mencintaimu. Demi Allah, aku benar-benar mencintaimu.” Lalu beliau bersabda, “Aku wasiatkan kepadamu hai Mu’az, jangan kamu tinggalkan bacaan setiap kali di akhir solat hendaknya kamu berdoa, ‘Allahumma a’in ni ‘ala zikrika wa syukrika wa husni ‘ibadatik’ (Ya Allah, bantulah aku untuk mengingatMu, bersyukur kepadaMu, dan beribadah dengan baik kepadaMu).” (HR Abu Daud) Doa ini adalah doa yang mustajab bagi memohon kepada Allah untuk memimpin kita di dalam melakukan ketaatan. Sikap yang ditunjukkan Rasulullah SAW ini jelas mengajar kita untuk menghayati hakikat kehambaan yang ada dalam diri manusia. Baginda sendiri sebagai rasul utusan Allah, pastinya tidak mempunyai masalah di dalam kekuatan beramal, di mana Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan kekuatan kepada baginda. Namun, ini langsung tidak menyebabkan Rasulullah SAW berhenti daripada mengharap kepada Allah, malah baginda menjadi hambaNya yang paling banyak berdoa dan mengharap kepadaNya. Ini teladan yang ditunjukkan Rasulullah SAW, semakin tinggi darjatnya di sisi Allah, maka semakin tunjuk hatinya kepada Allah. Seperti yang dikatakan oleh Al Allama Syeikh Muhammad Sayyid Ramadhan Al Buti, Rasulullah SAW dipilih oleh Allah untuk bertemu denganNya di dalam peristiwa Isra Mikraj disebabkan sifat kehambaan yang terlalu tinggi berada dalam diri Rasulullah SAW. Ini dibuktikan dengan firman Allah di dalam surah Al Isra ayat pertama yang menyebut diri baginda sebagai 'hamba' bukannya sebagai 'rasul'.

Kedua : Menjaga Mata,

Telinga dan Mulut Tiga pancaindera ini merupakan pancaindera utama yang membentuk peribadi seseorang manusia. Dengan mata, kita dapat melihat alam ini dan mempelajari pelbagai perkara yang dapat kita lihat. Dengan bantuan telinga, manusia dapat mendengar dan memberikan respon terhadap apa yang disuarakan dan dimaklumkan kepada kita. Dengan mulut pula, kita dapat berinteraksi sesama manusia dan dapat menzahirkan segala keinginan dengan cara melafazakannya melalui mulut. Kata Habib Ali Al Jurfi, hendaklah kita menjaga tiga perkara ini daripada melakukan kemungkaran kepada Allah. Mata yang dikurnaikan Allah ini janganlah digunakan untuk melihat kepada perkara yang haram. Begitu juga dengan telinga, janganlah mendengar kepada perkara yang haram, perkara yang keji, atau mendengar keburukan orang lain. Mulut yang dikurniakan Allah hendaklah dipelihara dari bercakap perkara yang sia-sia, menyakiti hati orang lain, berbohong, mengumpat, memfitnah dan bercakap perkara yang melalaikan. Manusia yang dapat menjaga tiga pancaindera ini daripada perkara mungkar yang tidak disukai Allah, maka hatinya akan diberihkan, seterusnya dia akan dipermudahkan untuk melakukan ketaatan kepada Allah. Sesunggunya, hati yang kotor kerana perbuatan tiga anggota ini merupakan antara asbab utama kita tidak mampu istiqamah di dalam ketaatan. Hati yang kotor lebih mudah untuk cenderung kepada maksiat dan sangat berat untuk melakukan ketaatan kerana tiada nur iman yang menyinarinya.

Ketiga : Hati Sentiasa Hadir Bersama Allah Ketika Beribadah

Kebanyakan di kalangan kita menjadikan ibadah itu sebagai adat dan kebiasaan, melakukannya kerana sudah dirutinkan dan diprogram di dalam aktiviti harian kita. Ini menyebabkan kita beribadah sekadar untuk melepaskan diri daripada kewajipan,seterusnya ibadah itu berlalu tanpa memberikan kesan ke dalam hati kita. Ibadah demi ibadah dilakukan, tetapi hati tetap jauh dari Allah SWT. Kita selalunya menunaikan solat sekadar mana yang boleh melepaskan diri kita dari kefardhuannya. Maka, solat yang dilakukan tidak sempurna, fikiran jauh melayang entah ke mana, semua masalah datang di dalam fikiran di dalam solat, difikirkan masalah tersebut hingga tamat solat dalam keadaan kita tidak sedar langsung apakah perbuatan yang kita lakukan sepanjang solat sebentar tadi. Adakah sempurna rukun dan syaratnya? Apatah lagi perkara sunat di dalam solat, langsung tidak dilakukan, berpada dengan perkara wajib sahaja. Hendaklah kita melakukan solat itu seperti para sahabat dan tabiin, bukan sekadar melaksanakan rakaat demi rakaat. Malah, setiap rakaat itu memberikan bekas ke dalam hati kita dan meningkatkan iman kita. Kita perlu menghadirkan ke dalam hati kita bahawa kita sedang menyembah Allah, Tuhan sekelian alam, Raja segala raja. Berdirinya kita sebagai hamba yang pandangan sentiasa tunduk ke bawah, tanda akur dengan kebesaran dan kekuasaan Allah. Rukuk kita dengan perasaan takzim kepada Allah, Tuhan yang Maha Agung. Sujud kita dengan perasaan penuh kehambaan dan kehinaan di hadapan Allah Yang Maha Tinggi. Membaca Al Quran itu bukan sekadar membaca huruf demi huruf dan ayat demi ayat. Malah menghayati setiap bacaan itu dengan penuh teliti. Jika seseorang itu memahami Bahasa Arab, maka hendaklah membaca Al Quran itu dengan penghayatan kepada maknanya dan apa yang diceritakan di dalamnya. Jika tidak memahami Bahasa Arab, lafazkan bacaan Quran itu dengan tartil, sempurna tajwid dan makhrajnya. Jika boleh membuat bacaan berlagu, maka lagukan bacaan Al Quran dengan baik. Setiap bacaan kita itu kita sedari bahawa kita sedang membaca kalam-kalam Allah, iaitu kalam yang teragung di seluruh alam semesta. Diceritakan bahawa Saidina Ikrimah RA ketika ingin membaca Al Quran, selepas membukanya, terus masuk kebesaran dan keagungan Allah ke dalam hatinya. Lantas berkata "Ini kalam Tuhanku. Ini kalam Tuhanku. Ini kalam TuhanKu." Lantas beliau menangis lantaran rasa ketakutan dan bergetar hatinya terhadap kebesaran Allah walaupun belum membacanya lagi, kerana beliau dpaat merasakan bahawa kalam Allah berada di hadapanya dan ianya teramat agung. Begitulah dengan ibadah lain, hendaklah dilakukan dengan menghadirkan hati kita bersama Allah. Benar, ianya bukan syarat sah ibadah, namun di situlah kesempurnaan ibadah. Ibadah yang sempurna sahaja yang dapat membina ikatan kukuh antara hamba dan Penciptanya. Manakala ibadah yang tiada penghayatan, umpama baju buruk yang bertampal sana sini. Cukup sekadar menutup aurat, namun kelihatan hodoh sekali Menghadirkan hati bersama Allah di dalam ibadah sememangnya sukar dilakukan. Ia memerlukan mujahadah dan kesungguhan kita sebagai hamba Allah. Kemungkinan besar ianya tidak akan hadir semasa kita ingin membacanya pada hari ini, esok, lusa dan minggu hadapan. Namun, berkat usaha kita yang berterusan, Allah yang Maha Pemurah pasti akan memberikan nikmat ini kepada kita selepas kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya. Ianya berbeza kepada mereka yang malu kepada Allah tidak bertempat dan putus asa dengan rahmatNya, dengan tidak berusaha untuk mendapatkan nikmat ini, pastinya nikmat ini tidak akan hadir selamanya.

Keempat : Meletakkan Had Minima Ibadah Harian

Cara keempat yang ditambah oleh Habib Ali Al Jufri adalah meletakkan kadar minimum untuk setiap ibadah harian kita supaya ianya tidak berkurang dari had tersebut dan mengelakkan diri kita dari meninggalkannya terus. Ini merupakan salah satu cara yang berkesan untuk mendapatkan istiqamah. Ini adalah kerana di dalam konsep istiqamah, bukan kuantiti ibadah menjadi keutamaan, tetapi penerusan di dalam pengamalan walaupun sedikit. Hendaklah kita meletakkan had pada ibadah kita seperti tidak akan meninggalkan sama sekali solat fardhu secara berjemaah. Lewat mana sekali pun kita solat, mungkin disebabkan urusan yang tidak dapat dilewatkan, maka hendaklah kita mengusahakan agar solat itu dilakukan secara berjemaah. Kita boleh meletakkan had bahawa wajib untuk kita membaca Al Quran paling sedikit satu muka surat dalam sehari. Maka, apa jua perkara yang berlaku, pastinya kita membaca Al Quran setiap hari dan tidak melanggar had minima ini, dalam keadaan kita hendaklah sentiasa mencari peluang untuk memperbanyakkan bacaan Al Quran dan tidak berpada dengan satu muka surat setiap hari. Demikian perkongsian Al Habib Ali Al Jufri berkenaan cara untuk mengekalkan ketaatan dan istiqamah di dalam amalan. Semoga kita dapat mengamalkannya, seterusnya mengekalkan ketaatan kita kepada Allah hingga hujung nyawa kita. * Tazkirah Habib Ali Al Jufri ini adalah mengkhususkan cara istiqamah amalan semasa bulan Ramadhan. Namun saya luaskan skopnya kepada amalan harian kita sepanjang tahun. Artikel di atas adalah bercampur-campur antara isi yang disampaikan oleh Al Fadhil Habib dan juga huraian saya sendiri. Untuk tazkirah asal Al Fadhil Habib, boleh ikuti di sini. Jazakumullah. 

AL-QURAN UBAT JIWA YANG RESAH


BETAPA mahalnya harga ketenangan jiwa. Banyak yang mengorbankan apa saja untuk mendapatkannya. Namun, ramai yang salah cara. Lihat saja orang sanggup menghabiskan berjam-jam tenggelam di tempat hiburan meneguk minuman keras.

Ada yang menghabiskan wang yang banyak bagi mendapatkan pil penenang, namun ketenangan yang dicari tidak kunjung tiba. Banyak perkara yang membuat seseorang berasa tertekan, kecewa dan kacau.

Pada peringkat ini, mereka yang menderita kerap melakukan tindakan di luar akal fikiran manusia. Namun, Islam memberikan ubat dan penawar merawat ketenangan.

Berikut adalah langkah yang boleh dilakukan untuk mendapat ketenangan jiwa:

■ Membaca dan mendengarkan al-Quran
Suatu ketika seseorang datang kepada Ibnu Mas’ud, salah seorang sahabat utama Rasulullah. Dia mengeluh: “Wahai Ibnu Mas’ud, nasihatilah aku dan berilah ubat bagi jiwaku yang gelisah ini. Seharian hidupku penuh dengan perasaantidak tenteram, jiwa gelisah dan fikiranku kusut. Makan tak enak, tidur pun tidak nyenyak.” Ibnu Mas’ud menjawab: “Kalau penyakit itu yang menimpamu, maka bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat.

Pertama, tempat orang membaca al-Quran. Engkau baca al-Quran atau engkau dengar baik-baik orang yang membacanya. Kedua, engkau pergi ke majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah.

Ketiga, engkau cari waktu dan tempat yang sunyi. Di sana, engkau bertafakur mengabdikan diri kepada Allah. Nasihat sahabat Nabi itu segera dilaksanakan orang itu.

Apabila sampai di rumah, segera dia berwuduk kemudian diambilnya al-Quran dan dibacanya dengan penuh khusyuk. Selesai membaca, dia mendapati hatinya bertambah tenteram dan jiwanya tenang, fikirannya segar, hidupnya terasa baik kembali.

Padahal, dia baru melaksanakan satu daripada tiga nasihat yang disampaikan sahabat Rasulullah itu.

■ Menyayangi orang miskin
Rasulullah memerintahkan kepada Muslim yang punya kelebihan harta untuk memberikan perhatian kepada orang miskin.

Ternyata, sikap dermawan itu boleh mendatangkan ketenangan jiwa. Mengapa? Dalam sebuah hadis menjelaskan bahawa malaikat selalu mendoakan orang yang dermawan: “Setiap pagi hari dua malaikat senantiasa mendampingi setiap orang. Salah satunya mengucapkan doa: Ya Allah! Berikanlah balasan kepada orang yang berinfak. Dan malaikat yang kedua pun berdoa: Ya Allah! Berikanlah kepada orang yang kikir itu kebinasaan.”

Daripada hadis berkenaan dapat disimpulkan bahawa orang yang dermawan itu akan memperoleh dua balasan. Pertama, dia mendapat ganjaran atas apa yang diberikannya kepada orang lain.

Kedua, mendapatkan limpahan ketenangan jiwa dan belas kasihan daripada Allah.

■ Melihat orang yang di bawah, jangan lihat ke atas
Ketenangan jiwa akan diperoleh jika kita senantiasa bersyukur atas segala pemberian Allah meskipun tampak sedikit.

Rasa syukur itu akan muncul apabila kita senantiasa melihat orang yang keadaannya lebih rendah daripada kita, baik dalam hal kebendaan, kesihatan, rupa, pekerjaan dan pemikiran.

Betapa banyak di dunia ini orang yang kurang beruntung. Rasa syukur itu selain mendatangkan ketenangan jiwa, juga ganjaran daripada Allah.

■ Menjaga silaturahim
Manusia adalah makhluk yang perlu menjalinkan hubungan yang baik dengan manusia lain. Pelbagai keperluan hidup takkan mungkin boleh diraih tanpa adanya bantuan daripada orang lain.

Dalam hadis Rasulullah diperintahkan untuk tetap menjalin silaturahim sekalipun terhadap orang yang melakukan permusuhan kepada kita. Rasulullah bersabda bahawa silaturahim dapat memanjangkan umur dan mendatangkan rezeki.

Hubungan yang baik di dalam keluarga, mahupun dengan tetangga akan menciptakan ketenangan, kedamaian dan kemesraan. Hubungan yang baik itu juga akan meleraikan sifat dengki, buruk sangka, iri hati, besar diri dan sebagainya.

 Banyak mengucapkan la hawla wa la quwwata illa billah
Sumber ketenangan jiwa yang hakiki bersumber daripada Allah. Oleh itu, hendaklah kita selalu menghadirkan Allah dalam segala keadaan, baik dalam keadaan senang ataupun susah.

Kuatnya hubungan kita dengan Allah akan membuatkan jiwa seseorang itu menjadi kuat, tidak mudah goyah. Apabila kita lalai mengingati Allah, maka ia membuka peluang bagi syaitan mempengaruhi fikiran kita.

■ Mengatakan yang haq (benar) sekalipun pahit
Hidup ini harus dijaga agar senantiasa berada di atas jalan kebenaran. Kebenaran harus diperjuangkan.

Pelanggaran terhadap kebenaran akan mendatangkan kegelisahan. Ketenangan jiwa akan tercapai apabila kita tidak melanggar nilai kebenaran.

Sebaliknya, pelanggaran terhadap kebenaran akan berpengaruh terhadap ketenangan jiwa. Lihat saja orang yang kerap melakukan maksiat dalam hidupnya, mereka akan berasa gelisah walaupun nampak senang dan ceria.

■ Tidak ambil peduli terhadap celaan orang lain asalkan yang kita lakukan benar kerana Allah
Salah satu faktor yang membuat jiwa seseorang tidak tenang adalah kerana selalu mengikuti penilaian orang terhadap dirinya.

Seorang akan memiliki pendirian kuat jika berpegang kepada prinsip yang datang daripada Allah.

■ Tidak meminta kepada orang lain
‘Tangan di atas (memberi) lebih mulia dari tangan di bawah’ adalah hadis Rasulullah yang merangsang setiap mukmin untuk hidup berdikari.

Tidak bergantung dan meminta-minta kepada orang lain kerana orang yang berdikari jiwanya akan kuat dan sikapnya lebih berani dalam menghadapi kehidupan.

Sebaliknya, orang yang selalu meminta-minta menggambarkan jiwa yang lemah.

■ Menjauhi hutang
Dalam sebuah hadis, Rasulullah dengan tegas mengatakan: “Janganlah engkau jadikan dirimu ketakutan setelah merasai ketenangan!” Sahabat bertanya: “Bagaimana boleh terjadi seperti itu! Sabdanya: Kerana hutang.” Begitulah kenyataannya. Orang yang berhutang akan senantiasa dihantui ketakutan kerana dia dikejar-kejar untuk segera membayarnya.

Inilah salah satu faktor yang membuat ramai orang mengalami tekanan jiwa. Rasulullah juga mengatakan: “Hendaklah kamu jauhi hutang kerana hutang itu menjadi beban fikiran di malam hari dan rasa rendah diri di siang hari.”

■ Selalu berfikir positif
Mengapa seseorang mudah berasa tertekan? Salah satu faktornya kerana dia selalu dibayangi fikiran negatif, selalu mencela dan menyesali kekurangan diri.

Padahal, kita diberikan Allah pelbagai kelebihan. Ubahlah fikiran negatif itu menjadi positif.

Ubahlah ungkapan keluh kesah yang membuat muka berkerut, badan lemas, ubahlah dengan ungkapan senang.

Bukankah di sebalik kesulitan dan kegagalan itu ada hikmah yang boleh jadi pengajaran?

(oleh: ustaz mohd zawawi yusoh)

Tips Termudah untuk Merawat Hati yang Kecewa

Bercakap soal dunia, banyak saja perkara yang akan mengecewakan kita. Adakah saja kerana dunia memang diciptakan untuk meremukkan hati kita?
ada yang kecewa kerana jodohnya lambat tiba, sedangkan usianya makin lanjut,
ada hati yang gelisah dek keampunan daripada manusia belum diterima,
ada pula yang remuk hatinya apabila ditinggalkan kekasih,
ada juga yang resah tidak ketahuan.
Begitulah hidup ini, sering kali melelahkan. Namun, tidakkah kita tahu Allah itu mendengar setiap keluhan kita, biar kita hanya memendam sendiri?
Sedikit tips yang saya mahu kongsikan, harapnya dapat memberikan ilham untuk anda juga, mengubati kekecewaan di hati.
1. INGAT ALLAH
Inilah yang paling utama sekali. Biarlah jika yang belum baik hatinya berkata, “eleh, bila dah jadi camni baru nak ingat Allah, sebelum ni berjimba je reti. Ptuiiihhhhh!” . Ah, biarkan saja, bukankah Allah telah berkata, ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram, seperti yang telah tercatat dalam surah Ar-Rad’ , ayat yang ke 28.
Allah juga berfirman,
“Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.” (  At -Taubah : 40 )
Ingatlah Allah, bahawa Allah tu dekat,
“Dan Apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka katakanlah sesungguhnya Aku dekat. Aku mengabulkan doa orang yang memohon apabila ia memohon kepadaKu. Maka hendaklah mereka memenuhi (panggilan/perintah)Ku, dan beriman kepadaKu agar mereka mendapat petunjuk (bimbingan)”. (Al-Baqarah: 186)

2. Gandakan Istigfar dan Zikir
o    Ia adalah zikir yang ringkas, namun, memiliki keutamaan yang luar biasa.
لاَ هَوْلَ وَلاَ قُوَّتَ اِلاَّبِاللّهِ
(Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata)
o    amalkan bacaan yang amat mudah ini.
حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ
(Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baiknya Pelindung)
3. Solat Sunat Tahajud
Bankitlah untuk bertahajud. Tujuan solat Tahajjud adalah untuk menguatkan jiwa dan mendapatkan ketenangan dalam menghadapi dugaan hidup. Amalan ini adalah antara amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah dan para sahabat.
Imam al-Mubarakfuri berkata:
“Suatu malam aku bangun dan merenungi al-Quran, lalu aku bandingkan amalanku dengan amalan ahli syurga. Ternyata, aku dapati bahawa amalan mereka begitu berat (mantap). Hampir tidak ada malam yang berlalu tanpa mereka gunakan untuk beribadah. Setiap malam mereka bersujud dan berdiri di hadapan Rabb mereka. Ku lihat diriku bukanlah termasuk di antara mereka.”
Doa terkabul di sepertiga malam, insyaAllah! Doalah agar Allah tenangkan hatimu.
Dari Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Tuhan kita Yang Maha Berkat dan Maha Tinggi turun ke langit dunia setiap malam, pada sepertiga malam terakhir dan berfirman, ‘Barangsiapa yang berdoa kepadaKu pasti Aku kabulkan, barangsiapa meminta kepadaKu pasti Aku beri, dan barangsiapa yang memohon ampunanKu pasti Aku ampuni’.”
(HR Bukhari)

“Why must all this happen to me””Sebab Dia””Sebab apa?””Sebab Allah sayang awak. Dalam banyak-banyak orang, Allah chose you. There must be a reason. You must be someone. You must be, special.”
Ini adalah sebahagian perkara yang diajarkan untuk tenangkan hati. Apakah anda pernah berjaya mengatasi rasa sedih dan tak tenang?

Fikir-fikirkan lah...wallahualam.