Sunday, May 24, 2015

3 Cara Halal Puaskan Isteri Ketika Haid

Tahukah anda ada 3 cara halal untuk puaskan n@fsu isteri ketika datang haid yang semua suami perlu tahu.. teruskan membaca...jom tambah ilmu.











Monday, May 18, 2015

cukup BERKESAN


Inilah peluang terbaik untuk anda bagi menjana pendapatan TANPA HAD dengan
cara yang paling MUDAH, MURAH dan cukup BERKESAN. Kami memperkenal cara
yang ternyata cukup unik dan paling berkesan dalam menjana pendapatan TANPA
HAD melalui keunikan kaedah PENDAPATAN GANJIL.
 

Jom daftar:


http://goo.gl/02GIaU
HANYA KERJA SEKALI TETAPI INCOME BERTERUSAN!
***INCOME PASIF***
 

Sunday, May 17, 2015

Solat Sunat Tasbih

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

.
Solat ini disebut Solat Tasbih kerana diucapkan tasbih sebanyak300 kali dalam empat rakaat solatnya. Solat Sunat Tasbih dianjurkan kalau boleh tiap-tiap malam, andaikata tidak sanggup, kerjakanlah sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup.
.
Solat sunat Tasbih ini telah diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada Saidina Abbas bin Muththalib. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:  “Jika kamu mampu solat tasbih setiap hari, maka lakukanlah. Jika tidak mampu, maka lakukanlah setiap hari Jumaat atau sebulan sekali atau setahun sekali atau seumur hidup sekali .“  ( HR. A bu Daud dan Ibnu Majah )
.
Solat Tasbih ini dapat membuka pintu ampunan Allah SWT. di atas segala dosa, dari awal hingga akhir, lama maupun baru, disengaja atau tidak, kecil ataupun besar, nampak maupun tersembunyi.
.
Daripada Ibnu ‘Abbas r.a.; “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda kepada bapa saudaranya Abbas bin Abdul Muthallib; ‘Wahai al-‘Abbas, bapa saudaraku! Sukakah aku berikan, aku kurniakan dan aku ajarkan kepadamu ‘sepuluh kelebihan’ jika kamu lakukannya, nescaya Allah akan mengampunkan dosa kamu dari awal hingga akhirnya, yang lama dan yang baru, yang tersalah dan yang disengajakan, yang kecil dan yang besar, yang tersembunyi dan yang terang-terangan; iaitulah kamu menunaikan solat empat rakaat di mana kamu membaca pada setiap rakaat surah al-Fatihah dan satu surah (yang lain), kemudian apabila selesai membaca (al-Fatihah dan surah itu) engkau bacalah ketika sedang berdiri itu; “سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله والله أكبر” (Subhanallah Walhamdulillah Walaa Ilaaha Ilallah Wallahu Akbar) sebanyak 15 kali. Kemudian kamu rukuk dan semasa rukuk itu kamu membaca sebagaimana bacaan tersebut sebanyak 10 kali. Kemudian kamu angkat kepalamu dari rukuk dan membaca 10 kali juga (ketika sedang berdiri I’tidal itu). Kemudian kamu sujud dan membaca semasa sujud sebanyak 10 kali. Kemudian kamu bangun dari sujud dan membaca 10 kali lagi. Kemudian kamu sujud semula dan membaca 10 kali juga. Kemudian engkau angkat kepalamu dari sujud dan membacanya 10 kali lagi sebelum bangun ke rakaat berikutnya. Demikianlah 75 kali pada setiap rakaat. Hendaklah kamu lakukannya dalam empat rakaat. Jika kamu dapat kerjakan solat itu pada setiap hari sekali, maka lakukanlah. Jika tidak mampu, lakukanlah sekali pada setiap jumaat. Jika tidak mampu, lakukanlah pada setiap bulan. Jika tidak mampu, lakukanlah pada setiap tahun. Jika tidak mampu juga, lakukanlahsekali seumur hidup.” (HR Imam Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah).
.
.

Cara Mendirikan Solat Sunat Tasbih

.
Solat sunat Tasbih dilakukan sebanyak empat rakaat dan satu salam sekiranya solat itu didirikan pada siang hari. Manakala jika didirikan pada malam hari, 4 rakaat itu dikerjakan dengan 2 salam ( 2 rakaat, 1 salam).
Harus diingat, walaupun 4 rakaat, solat ini mengambil masa yang agak lama (lebih kurang 4 minit) kerana ia diselangi bacaan tasbih. Setiap rakaat jumlah tasbihnya  75 kali, maka  jumlah keseluruhan tasbih yang dibaca adalah 75 tasbih  X 4  rakaat = 300 kali.
.

Caranya;

.
1.  Niat Solat Sunat Tasbih:
a)  Niat Solat Tasbih 2 Rakaat,
“U-shol-lii sun-na-tat Tas-biyh rok-’a-tai-ni lil-laa-hi ta-’aa-laa.”
(Daku Solat Sunat Tasbih dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.)
 .
b)  Niat Solat Tasbih 4 Rakaat,
“U-shol-lii sun-na-tat Tas-biyh ar-ba-‘a rok-’a-tin lil-laa-hi ta-’aa-laa.”
(Daku Solat Sunat Tasbih empat raka’at, kerana Allah Ta’ala.)
 .
.
2.  Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:
    1. Rakaat 1:  Surah At-Takathur atau Ad-Dhuha
    2. Rakaat 2:  Surah Al-Ashr atau Al-Insyiraah
    3. Rakaat 3:  Surah al-Kafirun atau Al-Kauthar
    4. Rakaat 4:  Surah Al-Ikhlas.atau An-Nashr.
.
.
3.  Bacaan Tasbihnya ialah:
Maha Suci Allah dan segala pujian bagi Allah, dan tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar;   Dan tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.
.
Nota;
*Buat permulaan sekiranya berasa berat, bacalah tasbih di atas pada barisan pertama sahaja.
.
.
4.  Lakukanlah seperti solat-solat biasa yang lain beserta bacaannya, tetapi tambahlah bacaan tasbih di bawah di akhir setiap bacaan sebelum berpindah kepergerakan seterusnya.
.
.
5.  Bacaan tasbih dalam satu rakaat ialah:
    • Selepas baca doa Iftitah, al-Fatihah dan surah, kita baca 15 kali tasbih
    • Rukuk – 10 kali tasbih
    • Iktidal – 10 kali tasbih
    • Sujud pertama – 10 kali tasbih
    • Duduk antara 2 sujud – 10 kali tasbih
    • Sujud kedua – 10 kali tasbih
    • Duduk sebentar (sebelum berdiri) seperti duduk diantara 2 sujud, – 10 kali tasbih.
.
.
6.  Jumlah tasbih dalam satu rakaat ialah 75 tasbih. Lakukan perkara yang sama pada rakaat seterusnya. Ulang langkah 1-7 sampai 4 rakaat, jadi jumlah semuanya 300 tasbih.
.
.
7.  Sekiranya terlupa membaca tasbih di satu-satu tempat, bolehlah digantikan di tempat berikutnya.
.
.
8.  Harus diingat pada rakaat kedua (malam hari) atau keempat (siang hari) setelah membaca Tasyahhud, dibacakan juga Tasbih 10 kali sebelum memberi salam.
.
.
9. Membaca doa solat tasbih;

Bulan Rejab Datang Lagi!

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

.
Alhamdulillah… Segala puji dan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah Subhanallah Wa Ta’ala yang telah memberikan kita limpahan nikmat-Nya… Ya Allah, Ya Rabbi! Sesungguhnya Dikau Maha Penyayang terhadap hamba-hamba-Mu, walaupun hamba-hamba-Mu sentiasa lupa kepada-Mu dan sering mengingkari perintah-Mu serta melengahkan perintah-Mu tapi Dikau tidak pernah melupakan mereka, masih mengekalkan segala nikmat yang telah diberikan kepada mereka dan Dikau sentiasa membimbing serta memimpin mereka ke jalan yang Dikau redhai…
.
Kita telah dilahirkan di dunia ciptaan Allah Ta’ala yang serba indah ini sebagai hamba-Nya. Akan tetapi, adakah kita melakukan tugas dan amanah yang telah diberikan oleh Allah Subhanallah Wa Ta’ala kepada kita sebagai seorang hamba? Astaghfirullah. Kita perlu sering fikir dan risau tentang ibadah-ibadah dan amalan yang kita lakukan kepada Allah Subhanallah Wa Ta’ala semakin hari semakin berkurangan. Kita telah banyak melakukan dosa-dosa di atas muka bumi ciptaan Allah ini. Tidak kira ianya Dosa Besar ataupun Dosa Kecil. kita tetap berdosa.
.
Bulan Rejab bakal menyusul selepas Maghrib malam ini. Bila dah masuk Bulan Rejab maka masa akan berlalu begitu pantas untuk sampai ke Ramadhan. Oleh itu, ayuh kita istqamah beramal sepanjang Bulan Rejab ini dengan beristighfar, bertaubat dan berdoa kepada Allah Subhanallah Wa Ta’ala dengan harapan agar Allah memanjangkan usia kita untuk bertemu dengan Ramadhan dan mengampuni dosa-dosa yang telah kita lakukan selama ini. InsyaAllah.
.
Sama-sama kita perbanyak doa dan zikir:
.
Allah Subhanallah Wa Ta’ala telah memuliakan empat bulan dalam satu tahun. Tiga bulan berdekatan dan satu bulan berasingan. Bulan-bulan yang dimaksudkan itu ialah bulan Muharram, Rejab, Zulkaedah dan bulan Zulhijjah.
.
Rasulullah  SAW juga bersabda: 

اَللّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَب وَشَعْبَانَ، وَبَلِّغْنَا شَهْرَ رَمَضَانَ، واَعِنَّا عَلَى الصِّيَامِ وَالْقِيَامِ وَحِفْظِ اللِّسَانِ، وَغَضِّ الْبَصَرِ، وَلاَ تَجْعَلْ حَظَّـنَا مِنْهُ الْجُوعَ وَالْعَطَشَ

“Bulan Rejab adalah bulan Allah Yang Maha Agung, tidak ada bulan yang menandingi kemuliaan dan keutamaannya. Di dalamnya diharamkan berperang dengan orang-orang kafir, karena bulan Rejab adalah bulan Allah, Sya’ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan ummatku. Sesiapa yang berpuasa sehari di dalamnya wajib baginya memperoleh redha Allah, dijauhkan dari murkanya, dan diselamatkan dari semua pintu neraka.”
.
Allah telah memberikan kita pelbagai cara untuk kita beristighfar dan bertaubat atas segala kesalahan, kesilapan dan dosa-dosa tidak kira dosa besar mahupun dosa kecil yang telah kita lakukan sepanjang hayat kita di dunia ini. Di dalam bulan Rejab yang mulia ini, terdapat satu Doa Istighfar Bulan Rejab yang boleh kita amalkan untuk bertaubat atas segala kesalah yang telah kita lakukan.
.
Nota: Sesiapa yang belum qadha puasa tu cepat-cepatlah ganti. Berdoalah semoga ditemukan kembali dengan Ramadhan dalam keadaan sihat dan dapat melaksanakan ibadah puasa, qiam dan yang seumpamanya dengan sempurna dan diterima oleh Allah SWT.
.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam bishowab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Amalan Dan Iktibar Peristiwa Israk Dan Mikraj


اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Bulan Rejab merupakan bulan Allah yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh Allah SWT kepada umat-Nya. Pintu rahmat terbuka luas untuk bertaubat dan memohon ampun di atas dosa-dosa yang lepas yang perlu dikerjakan dengan sifat ikhlas, rendah diri dan tawwaduk agar ganjaran yang akan diperolehi itu ada keberkatannya.
.
.

Malam 27 Rejab

Beramallah bersungguh-sungguh dengan berjaga sepanjang malam bagi melakukan ibadah solat-solat sunat, beristighfar, bertahmid, berzikir, bertasbih, berselawat dan berdoa. Bersahurlah sebagai persediaan puasa pada siangnya dan amal ibadat yang lain.

 .

.

Amalan Malam Rejab

  1. Solat Sunat Tahajjud 2, 8 atau 12 rakaat.
  2. Solat Sunat Tasbih,
  3. Solat Sunat Taubat,
  4. Solat Sunat Witir.
  5. Beristighfar 70 kali, 100 kali atau lebih..
  6. Berdoa.
  7. Memohon keampunan diri dan ibu bapa.
  8. Berselawat, berzikir dan bertasbih sehingga fajar subuh.
.
Banyak lagi ganjaran yang Allah beri jika umat Islam beribadat sepanjang Rejab. Berpuasa sunat adalah antaranya. Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari Israk-Mikraj.
.
Sayyidatina Aishah berkata bahawa Rasulullah ada bersabda yang bermaksud: “Semua manusia dalam kelaparan pada hari kiamat kecuali nabi-nabi dan keluarga mereka juga orang yang berpuasa pada Rejab, Syaaban dan Ramadan. Mereka tetap kenyang tanpa berasa lapar dan tidak pula haus.”
.
.

Peristiwa Penting

Beberapa peristiwa penting telah berlaku dalam bulan Rejab, antaranya:
  1. Peristiwa Israk dan Mikraj (27 Rejab)
  2. Malaikat Jibril melakukan pembedahan ke atas dada Rasulullah SAW.
  3. Diperlihatkan keadaan syurga dan neraka melalui Rasulullah SAW.
  4. Nabi Muhammad SAW bertemu dengan Rasul-Rasul terdahulu.
  5. Solat lima waktu difardukan ke atas umat Islam (malam Israk Mikraj)
.
Peristiwa Israk dan Mikraj ke atas Nabi Muhammad SAW. adalah perkara besar yang berlaku dalam bulan ini. Baginda telah di‘Israk’kan (dibawa berjalan) dengan menggunakan `Buraq’, dari Masjidil Haram di Kota Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitulmuqaddis, Palestin serta di‘Mikraj’kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntahauntuk mengadap Allah SWT. Di mana dengan izin-Nya, Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah SAW.
 .
Semuanya berlaku dalam satu malam sahaja. Perjalanan ini disebutkan Allah di dalam Al-Quran menerusi firman-Nya:
17:1
“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesunguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”    (Surah Al Israa’: 1)
 .
Menurut ulama, peristiwa Israk dan Mikraj Nabi itu ialah roh dan jasadnya sekali. Bukannya roh saja atau mimpi. Peristiwa agung itu berlaku setahun sebelum Rasulullah berhijrah ke Madinah iaitu bersamaan dengan tahun 721 masihi ketika Baginda dan sahabat berada dalam tekanan kuat daripada golongan musyrikin Makkah seperti Abu Jahal dan Abu Lahab.
.
.
.

Iktibar Daripada Kisah Israk Dan Mikraj

 .
Peristiwa Israk Mikraj perlu dijadikan iktibar bagi seluruh umat Islam yang menggambarkan betapa pentingnya proses tarbiah (pendidikan) jiwa ke arah kesempurnaan. Israk Mikraj turut membuktikan kehebatan dan kekuasaan Allah. Bukti paling nyata Dia berkuasa ‘membenarkan’ Rasulullah diangkat ke langit untuk bertemu-Nya dalam masa yang singkat.
.
Ketika diisrakkan pada malam itu, Rasulullah SAW terlebih dulu menjalani pembedahan dada yang dilakukan Malaikat Jibril dengan mengeluarkan segala kotoran, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan was-was. Diisi dengan iman dan hikmah, kemudian dibersihkan hati baginda dengan air zamzam dan dicantumkan semula.
.
Selesai pembedahan, bermulalah perjalanan luar biasa Nabi (Israk) dengan menunggang binatang yang bernama Buraq. Ketika perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa itu, Rasulullah diiringi malaikat Jibril dan Israfil.
.
Apabila tiba di tempat tertentu iaitu tempat yang mulia dan bersejarah, malaikat Jibril mengarahkan Rasulullah bersolat dua rakaat. Antara tempat berkenaan adalah Thaibah (Madinah), tempat Rasulullah melakukan hijrah, Bukit Tursina dan Baitul Laham iaitu tempat Nabi Isa dilahirkan.
.
Setibanya Rasulullah SAW di Masjidil Aqsa, Baitulmaqdis, Rasulullah SAW mengerjakan solat sebelum Jibril menghidangkan dua jenis minuman kepada baginda. Lantas baginda memilih susu.
.
Jibril berkata: “Benar, engkau telah memilih air susu adalah lambang kesucian dan seandainya engkau mengambil minuman keras nescaya akan tersesatlah engkau dan umat engkau.”
.
Dalam peristiwa Mikraj pula, baginda naik ke langit sampai ke Sidratul Muntaha, bahkan ke Mustawa dan sampai di bawah Arasy Allah dengan melalui tujuh lapis langit.
.
Beberapa tanda kebesaran diperlihatkan kepada Rasulullah SAW ketika Israk, antaranya ialah baginda melihat orang yang sedang memotong padi dan selepas tiap potongan, pokok padi itu tumbuh lagi dan demikian seterusnya tanpa henti.
.
Rasulullah SAW bertanya kepada Jibril: “Siapakah gerangan itu?” Jibril menjawab: “Itulah contohnya umatmu yang suka bersedekah, maka harta yang disedekahkah itu tidak hilang bahkan kian bertambah di sisi Tuhan yang diterima oleh umatmu yang rajin beramal di kemudian hari dengan berlipat ganda.”
 .
Rasulullah SAW turut melihat orang yang memukul kepala dengan besi. Selepas pecah kepala, ia bercantum semula. Kemudian, dipukul lagi dan pecah semula, begitulah seterusnya berulang kali.
.
Selepas Rasulullah SAW bertanya, Jibril pun menjawab: “Inilah orang yang malas dan enggan mengerjakan solat, kepalanya tidak mahu sujud kepada Allah maka di kemudian hari, dia akan merasakan sendiri kemalasannya itu.”
 .
Ketika Mikraj pula, Rasulullah SAW menempuh perjalanan melalui tujuh lapisan langit, malah ke tempat lebih tinggi dari langit ketujuh itu. Di tempat mulia itulah, Allah SWT menyampaikan perintah mulia untuk baginda dan umatnya, iaitu mengerjakan solat.Nabi mendapat perintah solat secara langsung daripada Allah tanpa melalui perantaraan malaikat Jibril.
.
Pada mulanya, perintah solat wajib itu menghendaki ia dilaksanakan 50 kali sehari semalamtetapi selepas Rasulullah SAW bersoal jawab dengan Nabi Musa as, akhirnya Baginda mendapat keringanan Allah SWT untuk mengerjakan solat fardu daripada 50 kali sehari menjadi lima kali sehari semalam, namun dalam penilaian sebenar, Allah tetap memberi 50 ganjaran pahala.
.
Rasulullah SAW bersabda: “(Selain daripada apa yang aku saksikan ketika aku dibawa Israk dan Mikraj pada malam itu), maka Allah fardukan (atasku) dan atas umatku lima puluh solat, lalu aku memohon kepada-Nya (supaya dikurangkan lagi bilangan solat itu yang sudah pun dikurangkan hingga tinggal lima saja); maka Allah berfirman yang bermaksud: “Solat fardu (sehari semalam) itu tetap lima (dari segi bilangannya) dan ia juga tetap lima puluh (dari segi pahalanya); keputusan-Ku itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti.” (Hadis riwayat Bukhari).
Solat adalah amalan yang paling awal dihitung di akhirat kelak. Justeru, ia menunjukkan solat memiliki kelebihan berbanding ibadat lain.
.
Selepas perintah solat itu, Nabi kembali turun ke langit dunia seterusnya ke Baitul Maqdis dengan menunggang Buraq dan pulang pada malam yang sama ke Makkah sebelum waktu Subuh. Kecepatan Buraq membolehkan Rasulullah SAW pergi antara dua tempat hanya dengan sekelip mata.
.
Sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik katanya, Rasulullah SAW bersabda:“Aku didatangi buraq. Iaitu seekor binatang yang putih rupanya, panjang (tinggi) lebih besar daripada keldai, tetapi lebih kecil daripada baghal. Ia merendahkan tubuhnya hinggalah perut buraq mencecah bumi.” Baginda SAW bersabda lagi: “Tanpa membuang masa, aku terus menungganginya, ia melangkah kakinya cepatnya sejauh penghabisan mata memandang hinggalah sampai ke Baitul Maqdis.” 
.
Begitulah perjalanan dari Makkah ke Palestin, kemudian naik ke langit dan lebih tinggi dari itu sebelum menerima perintah solat.
Diikuti pula pertemuan dengan Rasul terutama bersoal jawab dengan Nabi Musa as, menyaksikan keanehan Sidratul-Muntaha, melihat keindahan syurga. Dalam ‘pengembaraan luar biasa’ itu, Rasulullah SAW menyaksikan banyak perkara dahsyat terutama balasan dan seksaan yang diterima manusia kerana melakukan kemungkaran didunia.dan sebagainya, terus kembali ke alam dunia hingga ke Makkah dengan perjalanan yang singkat.
.
Peristiwa ini berlaku ketika Nabi berada di puncak kesedihan yang memerlukan sokongan dalaman. Tahun itu dikenali sebagai ‘Aam al Huzni’ (tahun berduka cita).
Berdasarkan catatan sejarah, Nabi Muhammad menghadapi dua musibah iaitu kehilangan dua insan yang amat berjasa dan sangat baginda kasihi iaitu wafatnya isteri tercinta, Siti Khadijah serta bapa saudaranya Abu Talib.
.
Sesungguhnya, mukjizat Israk dan Mikraj memperlihatkan kekuasaan Allah SWT. Segala peristiwa tercatat seharusnya lebih menguatkan keimanan dan keyakinan manusia terhadap Allah SWT.
.
Peristiwa ini membawa misi penting iaitu bermulalah kewajipan melaksanakan perintah menunaikan solat dan pengajaran yang dapat diambil daripada peristiwa Israk Mikraj ialah seluruh umat Islam bertanggungjawab membebaskan dan memelihara kesucian Masjid al-Aqsa yang menjadi lambang kebesaran serta tempat suci bagi umat Islam daripada cengkaman Yahudi. Justeru, mereka perlu berkorban menerbitkan keyakinan manusia terhadap kekuasaan Allah SWT dan kebenaran kenabian Muhammad SAW.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam bishowab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Wednesday, May 13, 2015

Sistem, Teknik & Strategi yg mantap

Saya Nak Tunjukkan
Sistem, Teknik & Strategi yg mantap
Dapatkan Customer “BERDUIT”
yang Boleh Berikan Income STABLE
Setiap Bulan!


BENDA” ni saya dah apply lama dah dalam bisnes saya di Facebook. Dah masuk tahun KETIGA dan sistem, teknik serta strategi ini masih berkesan bahkan makin menjadi-jadi pula.
Dengan adanya “BENDA” ni anda boleh...
CONTROL customer anda. Anda boleh suruh mereka membeli bila-bila masa yang anda suka. Kalau anda tengah sengkek, guna je “BENDA” ni!
Anda tak bergantung 100% pada Facebook yang suka “BULI” anda tu. Kalau lepas ni Facebook TUTUP pun anda boleh berniaga macam biasa.
MAKSIMUMkan return iklan FBAds anda! Kalau dengan “BENDA” ni... anda terus dapat customer ready nak bagi duit. Bukannya yang saja-saja klik iklan anda lepas tu tak pasal-pasal jer anda kena caj dengan Facebook.
Senang maintain SALES dengan customer dan tambah lebih banyak customer yang anda nak. Mereka tak boleh lari mana dah. “KEDAI SEBELAH” pun takde sistem yang anda buat ni.
Kalau customer tak beli hari ini, anda boleh FOLLOW UP dengan benda ni. Bukan follow up seorang dua...tetapi anda boleh FOLLOW UP semua customer anda dalam beberapa klik sahaja.
Buat AUTOMATED INCOME dengan ”BENDA” ni. Saya tunjukkan setting-settingnya nanti. Kalau nak bercuti dan biar “BENDA” ni carikan duit untuk anda pun boleh. Ada caranya!

Nak cerita lebih-lebih kat sini, memang tak BEST! Panjang lebar ceritanya... jenuh menaip dan “krem” jari saya explain benda ni dari A-Z pada anda.
So... saya dah sediakan VIDEO TUTORIAL, anda tengok dan ikut rapat-rapat macamana saya lakukannya dari awal setup sistem, lakukan promosi dan sebagainya
Jom lihat:
http://bit.ly/1L1w3WE

Monday, May 4, 2015

Fast Start

Salam hormat,


Cuti umum yang panjang, mana
anda bercuti? Pasti syok
bersama keluarga kan??


Tapi apabila kita bercuti
jangan biar akauan bank kita
juga 'bercuti', kalau boleh
biar akaun kita masuk duit
tak berhenti walaupun kita
melancong ke luar negara.


Nampak bergurau je?


Ia tidak mustahil sebab ada
satu peluang memang menawarkan
hidup santai sampai duit
masuk akaun bertubi-tubi.


>> 



Telah lebih dari 100 orang
telahpun mengejar cita-cita
mereka disini. Mahukah anda
mengikut jejak mereka atau
tidak berani menyahut cabaran
ini?


Saya mencabar anda!


>> 


Jumpa lagi!