Tuesday, September 2, 2014

Jom Lihat Haiwan Ganas Peliharaan Orang-Orang Russia

Bears Often Walk the Streets in Russia

RAIFAL AK 47 YANG BOLEH DIGUNAKAN DI DASAR LAUT


AK 47 ialah raifal yang paling terkenal di dunia dan digunakan oleh pejuang sayap kiri dan askar Russia. Senjata rekaan Mikhail Kalashnikov ini tahan lasak dan boleh digunakan di dalam situasi paling extreme. Tetapi tahukah anda wujud versi AK 47 yang boleh digunakan di dasar laut?

APS Avtomat Podvodny Spetsialnyy - "Special Underwater Assault Rifle" ialah AK47 yang diubahsuai untuk kegunaan pasukan komando Spetznaz Russia. Pada tahun1975 ia mula digunakan Spetznaz bagi tujuan menentang serangan sabotaj askar musuh. Raifal AK 47 biasa tidak boleh digunakan di dasar laut kerana peluru biasa tidak boleh bergerak jauh di dalam air dan ledakan gunpowder akan merosakkan komponen raifal. APS menggunakan peluru khas berbentuk jarum besi yang boleh menikam musuh dan peralatannya di dalam air. Bentuk peluru yang tirus juga memastikan ia boleh menyerang musuh yang terletak sejauh 30 meter. Setiap magazin APS mampu menyimpan 26 peluru.

Kerana ianya dicipta untuk kegunaan di bawa permukaan air, APS tidak sesuai digunakan di atas darat. Jarak menembak efektik APS di atas darat pula hanya 100 meter. 



SEJARAH TEMBOK BERLIN DI JERMAN


Tembok Berlin (bahasa Jerman: Die Berliner Mauer) merupakan tembok di tengah-tengah bandar Berlin. Tembok Berlin menjadi ikon atau simbol kepada Perang Dingin, mula dibina 13 Ogos 1961 dan diruntuhkan kemudian pada 9 November 1989. Ia menjadi tirai besi dan menjadi garisan sempadan antara Jerman Barat dan Jerman Timur selama 28 tahun. Tembok Berlin diarahkan pembinaannya oleh pemimpin Jerman Timur iaitu Walter Ulbricht dan diluluskan oleh pemimpin Rusia ketika itu Nikita Khrushchev. Tembok ini dibina selepas Perang Dunia Kedua.

Tujuan dibina bagi menghentikan penghijrahan besar-besaran tenaga kerja muda dan produktif Jerman Timur ke Jerman Barat. Ramai golongan profesional dan pekerja mahir berhijrah dan ini meninggalkan kesan ekonomi yang teruk kepada Jerman Timur. Mulanya pernghijrahkan seramai 2.5 juta dalam tempoh 1949 - 1962. Penghijrahan berkurang kepada 5000 orang dalam tempoh 1962-1989.

Selepas tamat Perang Dunia II di Eropah dan Jerman telah tewas, Jerman telah terbahagi kepada 4 zon.Bandar Berlin diduduki oleh pihak Bersekutu dan terpecah pula kepada beberapa zon penjajah lagi. Zon yang dikuasai oleh Perancis, British dan Amerika telah membentuk Republik Persekutuan Jerman ( Jerman Barat) pada 1949. Sementara zon yang dikuasai oleh Kesatuan Soviet membentuk Republik Demokratik Jerman ( Jerman Timur ) pada tahun yang sama 1949.


Sejak 1948, Jerman Barat dibangunkan kedalam negara negara kapitalis Barat yang berasaskan ekonomi pasaran bebas.Kerajaan demokrasi berparlimen dibentuk. Pertumbuhan ekonomi sejak 1950-an menunjukkan peningkatan yang mendadak berbanding dengan Jerman Timur yang mengamalkan sistem komunis, kerajaan autokratik dan berkhiblatkan komunis di Soviet Rusia. Ketika Jerman Barat semakin kaya hingga melebihi kebanyakan negara Eropah yang lain. Sedangkan warga Jerman Timur masih memperjuangkan kebebasan berpolitik dan pertumbuhan ekonomi.

Penghijrahan golongan profesional dari 1949 - 1961 setiap hari dinamakan "Grenzgeger". Golongan profesional ini membantu pembinaan semula Eropah Barat sebagaimana Plan Marshall.


Ramai penduduk Eropah Barat melancong dan membeli belah di Jerman Timur kerana harga yang murah dan menarik. Kebanyakan barang mendapat subsidi daripada kerajaan . Ekonomi Jerman Timur banyak dibantu oleh Kesatuan Soviet. Tembok ini sepanjang 45 km dibina pada hari ahad, 13 Ogos 1961 di sebelah bandar Berlin Timur. Pagi itu, pasukan tentera Jerman Timur dan pekerja awam mula membinanya. Pada mulanya tidak melibatkan pihak Soviet Rusia. Tentera NVA dan KDA akan menembak sesiapa yang menyeberangi sempadan bandar Berlin itu.

Ramai keluarga yang terpisah akibat Tembok Berlin ini . Ada ibu bapa yang tinggal di Jerman Barat sementara anak-anak tinggal di Jerman Timur. Ini menyebabkan beban emosi kepada kedua-dua pihak yang berpisah. Penduduk Jerman Barat seperti Datuk Bandar Willt Brandt mengkritik Amerika Syarikat yang mendiamkan diri melihat Tembok Berlin ini.


Kebanjiran pelarian dari Jerman Timur ke Jerman Barat dan ke negara-0negara Eropah lain dapat disekat dengan adanya Tembok Berlin.

Presiden John F. Kennedy melawat Tembok Berlin pada 26 Jun 1963 . Perjanjian selepas Perang Dunia Kedua iaitu di antara 4 adikuasa iaitu Perancis, United Kingdom dan Amerika Syarikat menerima hakikat keperluan pembinaan Tembok Berlin. Kerajaan Jerman Barat mendakwa Tembok Berlin sebagai 'sempadan melindungi anti fasist'. Hakikatnya berjuta-juta keluarga terpisah.

Pada 1987 Presiden Amerika Syarikat Ronald Reagan berucap di Brandenburg Gate , mencabar Mikhail Gorbachev untuk meruntuhkan tembok tersebut.

Pada Jun 1962 Jerman Timur hanya membina pagar sepanjang 81 meter . Tetapi pada 1989 menjadi sepanjang 155 km dengan tembok batu . Mana-mana rumah di atas Tembok Berlin telah dipindahkan. Ramai yang telah membina terowong agar dapat menyeberang ke Jerman Barat. Tetapi tentera Jerman Timur memasang jerangkap samar dan bom-bom. Ramai yang terbunuh dan dibunuh ketika cuba memanjat dan melintasi Tembok Berlin.


Pembinaan:

Tembok ini dibina mulai 13 Ogos 1961 iaitu selepas 15 tahun Jerman Timur ditubuhkan. Ketika itu Jerman Timur diperintah oleh Walter Ulbricht. Pembinaan ini telah dipersetujui Nikita Khrushchev, pemimpin Soviet yang risau dengan penguasaan Amerika Syarikat dan sekutunya di Jerman.

Fasa pembinaan:

Pembinaan pagar (1961) .Pagar berduri dibaiki (1962-1965) .Tembok batu (1965-1975) .Grenzmauer 75 (Border Wall 75) (1975-1989) . Tembok ini setinggi 3.6 meter dan 1.2 meter lebar. Ia hampir menyamai fungsi Tembok Besar di China. Kos pembinaan ialah 16,155,000 mark Jerman Timur. Ada 116 menara tinjau dan 20 bunkers.

Pintu masuk:

Ada lapan pintu masuk bagi lawatan rasmi dari Jerman Barat ke Jerman Timur. Permit kebenaran mestilah ditunjukkan kepada tentera pengawal . Terpenting ialah pintu kawalan Charlie .

Beberapa pintu digunakan untuk berhubung dengan negara Poland, Czechoslovakia dan Denmark. Perjanjian 1972 pintu masuk ini dibuka dengan lebih luas.


Pelarian:

Selepas Tembok Berlin dibina , kira-kira 5000 berjaya juga melepasinya. Sementara 192 atau 239 terbunuh ketika memanjat tembok ini. Ramai lagi yang cedera. Ada yang terjun dari bangunan di tepi tembok. Ada yang membina pesawat kecil dan mendarat di Berlin Barat.

Pelbagai cerita 'kelakar' wujud. Antaranya pasukan RAF Airmen menulis "Wish you were here" dan "Come back soon".

Antara mereka ialah Peter Fechter yang ditembak pada 17 Ogos 1962. Orang terakhir ditembak kerana kesalahan melintasi Tembok Berlin ialah Chris Gueffroy iaitu pada 6 Februari 1989.

Bekas Menteri Luar Jerman iaitu Hans-Dietrich Genscher merupakan salah seorang rakyat Jerman Timur yang lari ke Jerman Barat. Genscher berasal dari Halle di Jerman Timur. Tahun 1952, ketika Tembok Berlin belum dibina, beliau bersama keluarganya pindah ke Jerman Barat. Tahun 1974 - 1992 beliau menjadi Menteri Luar Jerman Barat di bawah Chancelor - Helmut Schmidt dan Helmut Kohl.

Idea meruntuhkan:

Pembinaan tembok ini telah dimanipulasikan oleh Jerman Barat dan blok kapitalis untuk memburuk-burukkan Jerman Timur dan sistem komunis. Sebaliknya ia menjadi kunci kekuatan kehidupan sebenar dasar komunis yang selalu tutup dan menutup kelemahan mereka dengan cara kekerasan. Komunis bermakna tirai besi atau hidup dalam tembok batu.

Proses liberisasi lewat 1980-an membawa kepada keruntuhan Kesatuan Rusia hingga membenarkan pendemokrasian Jerman Timur. Demonstrasi demi demonstrasi para pekerja telah dibenarkan di Jerman Timur kerana 1987 kemelesetan ekonomi dunia merosot begitu teruk. Kesatuan Sekerja mengambilalih corak kepimpinan kerajaan Jerman Timur dan mendesak Tembok Berlin diruntuhkan agar mereka mudah bekerja di Jerman Barat yang menyediakan lebih peluang pekerjaan.

Tembok ini runtuh dalam beberapa minggu sahaja sedangkan pembinaannya mengambil masa beberapa tahun dan menelan kos yang tinggi. Akhirnya 3 Oktober 1990 penggabungan Jerman Barat dan Jerman Timur.

Tembok Berlin Pecah:

Tembok Berlin dibuka semula pada 9 November 1989 ketika Jerman Timur dikuasai oleh Egon Krenz. Runtuhnya Tembok Berlin menandakan penggabungan semula Jerman Barat dan Jerman Timur. Amerika Syarikat berasa sangsi dengan pengabungan ini kerana kemungkinan lahirnya negara saingan dan munculnya "Adolf Hitler" yang baru tidak dapat dielakkan. Perdana Menteri Margaret Thatcher dari Britain hanya mendiamkan diri. Sementara Presiden François Mitterand menyambut baik penggabungan Jerman Barat dan Jerman Timur. Penggabungan ini menguatkan lagi Kesatuan Eropah, dolar Eropah dan menjadi saingan kuat kepada kuasa unipolar Amerika Syarikat.

Sumber:Wikipedia

****************

Tembok Berlin Sekarang

Meskipun tembok itu telah diruntuhkan pada tahun 1989 setelah beberapa seri perubahan radikal yang dilakukan oleh kedua pemerintah Jerman Timur dan Barat, tetapi sebagiannya masih terawat sebagai tatapan generasi akan datang. Generasi berikutnya harus belajar dari sejarah perpecahan bangsa Jerman yang akhirnya membawa kepada kehancuran bangsa mereka.


Tembok Berlin yang tersisa sekarang boleh dilihat di Niederkirchnerstrasse. Di sini telah didirikan museum Topography of Terror untuk mengingati sejarah keganasan dan Tembok Berlin. Reruntuhan Tembok Berlin juga dipamerkan untuk tatapan umum. Di beberapa bahagian tembok kita boleh melihat grafitti dan lubang-lubang yang jelas menampakkan rangka besi di dalamnya. Tembok Berlin juga sering disebut sebagai ‘iron curtain’ iaitu tirai besi. Jika ke museum terbuka ini kita boleh membaca setiap sejarah yang terjadi di zaman Nazi hingga komunis. Sesungguhnya bangsa Jerman cepat belajar dari kesalahan lampau dan terus maju meskipun dihalang dengan berbagai perjanjian setelah kalah dalam peperangan. Satu semangat yang harus diteladani oleh kita semua.






BARA'AH - KISAH SI GADIS PENGHAFAL AL QURAN...Sila share

 

Kisah si gadis kecil berasal dari Mesir, berumur 10 tahun bernama Bara'ah. Orang tuanya bekerja sebagai doktor dan berpindah ke Arab Saudi untuk mencari kehidupan yang lebih baik. Pada usia ini, Bara'ah menghafal seluruh Al Quran dengan tajwid, dia sangat cerdik dan gurunya mengatakan bahawa dia sudah maju bagi kanak-kanak seusianya.

Keluarganya sederhana dan amat patuh pada ajaran Islam.. hingga suatu hari ibunya mula merasa sakit perut yang teruk dan setelah beberapa kali pemeriksaan dilakukan, didapati ibunya menghidap penyakit kanser, dan kanser ini sudah berada ditahap kronik. Ibu Bara'ah terfikir untuk memberitahu anaknya, terutama jika suatu hari nanti dia terjaga dari tidur, mendapati ibunya sudah tiada lagi disisinya.. dan ini kata-kata ibu Bara'ah kepadanya..

“Bara'ah, ibu akan pergi ke Syurga, tapi ibu mahu kamu selalu membaca Al Quran dan menghafalnya setiap hari kerana ia akan menjadi pelindungmu kelak..”

Gadis kecil itu tidak terlalu mengerti apa yang dikatakan ibunya, tapi dia mula merasa perubahan pada ibunya, terutama ketika si ibu dipindahkan ke hospital dalam jangka masa yang lama. Setiap hari apabila tamat sesi persekolahan, Bara'ah akan menjenguk ibunya di hospital dan membaca Al Quran untuknya hingga larut malam sampailah ayahnya datang dan membawanya pulang.

Suatu hari, pihak hospital menghubungi ayah Bara'ah dan mengatakan isterinya dalam keadaan tenat dan perlu datang cepat ke hospital. Ketika mereka tiba di hospital, ayah Bara'ah memintanya tinggal dahulu di kereta, ayahnya khuatiri Bara'ah akan terkejut seandainya ibunya meninggal dunia.

Si ayah keluar dari keretanya, dengan berjujuran air mata si ayah menyeberang jalan untuk masuk ke hospital menemui isterinya, tapi tiba-tiba datang sebuah kereta meluru laju lalu terlanggar ayah Bara'ah dan ayahnya meninggal dunia serta merta didepannya. Tak terbayang tangisan gadis kecil ini pada saat itu. Tragedi Bara'ah belum berkesudahan, berita kematian ayahnya disembunyikan dari ibu Bara'ah, namun setelah lima hari semenjak kematian suaminya, akhirnya ibu Bara'ah pula meninggal dunia..

Dan kini, gadis itu bersendirian tanpa kedua orang tuanya. Dengan bantuan kawan-kawan ayahnya, mereka mencari sebuah keluarga untuk Bara'ah di Mesir. Tidak berapa lama tinggal di Mesir, Bara'ah mula mengalami sakit seperti yang pernah dialami ibunya. Beberapa ujian dilakukan, dan disahkan Bara'ah menghidap kanser. Tapi sungguh mengejutkan dikala dia diberitahu andai dia menghidap kanser.. inilah kata-kata Bara'ah ketika itu, “Alhamdulillah.. saya akan bertemu dengan kedua orang tua saya..” Semua teman-teman dan keluarga barunya terkejut.

Gadis kecil ini sedang menghadapi musibah yang bertubi-tubi namun dia tetap sabar dan ikhlas dengan apa yang telah ditetapkan Allah untuknya ! Tersebar kisah Bara'ah hingga menjadi buah mulut orang ramai dan salah seorang dermawan dari Saudi [yang tidak ingin disebutkan namanya] memutuskan untuk mengurus dan menghantar Bara'ah ke Barat untuk dirawat. Salah satu channel TV Islam 'Al Hafiz' sempat menelefon gadis kecil ini dan memintanya membaca Al Quran.... Dan video yang sedang kita lihat inilah suara merdu dan indah yang dilantunkan oleh Bara'ah..

Saban hari, kanser mula merebak di seluruh tubuhnya, para doktor memutuskan untuk membedah kakinya, namun Bara'ah tetap bersabar dengan apa yang ditetapkan Allah untuk dirinya.. tapi beberapa hari setelah pembedahan kakinya, sekarang kanser merebak ke otak, lalu doktor mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan otak dan sekarang Bara'ah masih berada di sebuah hospital di Barat bagi menjalani rawatan...

Ya Allah.. Tabahnya hati kamu wahai anak kecil..


sumber -

JURURAWAT BERPAKAIAN PRAMUGARI DI HOSPITAL CHINA



Di China beberapa hospital, sudah terdapat jururawat yang berpakaian seperti seorang pramugari. Ini dilakukan bagi memberi imej yang lebih profesional kepada jururawat hospital mereka. Di China pramugari dipandang tinggi kerana dikatakan lebih pandai melayan pelanggan dan mempunyai perwatakan yang menarik. Setiap jururawat diberikan latihan pramugari selama 2 minggu sebelum bertugas di hospital. Setakat ini sambutan orang ramai adalah amat bagus. Idea ini mungkin legitl. Bayangkan anda ke hospital dan disambut jururawat berpakaian Air Asia. Pastinya lebih soothing dari nurse biasa.







Kepentingan Mengulum Zakar Suami

Kepentingan Mengulum Zakar Suami



Saya pernah bertanyakan seorang ustaz adakah islam membenarkan urusan menjilat kemaluan isteri dan isteri mengulum/menghisap kemaluan lelaki, jawapan yang diterima dari ustaz dan bahan bacaan adalah dia boleh dibahagikan kepada dua :

Pertama : Harus, sebab ulasan yang diberikan ialah ia merapatkan lagi hubungan suami isteri.

Kedua : Haram, sekiranya pancutan air mani suami ditelan oleh isteri.

Teknik suami menjilat kemaluan isteri dan isteri mengulum/menghisap kemaluan lelaki dikenali sebagai oral seks.

Sekiranya anda tidak pernah mengetahui teknik ini, anda mungkin akan menganggapnya sebagai jijik. Anda merasa jijik kerana merasakan kemaluan pasangan anda tidak bersih.

Tetapi sebenarnya, perkara jijik tidak timbul sekiranya pasangan tahu mengamalkan kebersihan kemaluan masing-masing.

Perkara paling utama dalam oral seks, ialah kebersihan dan kepercayaan suami isteri. Janganlah sesekali menganggap kemaluan diri atau pasangan anda adalah satu objek yang jijik.

Kemaluan anda dan pasangan adalah bersifat suci, bersih, indah dan membawa kenikmatan sebagaimana bahagian tubuh luaran anda yang lain.

Sekiranya anda meyakini kemaluan pasangan anda bersih, maka pasti anda akan seronok melakukannya bersama-sama.

LANGKAH-LANGKAH MEMBIASAKAN DIRI MENGULUM ZAKAR SUAMI

1). Lakukannya demi kepuasan suami anda dengan harapan bahawa suami anda akan lebih menyayangi dan mencintai diri anda.

2). Sekiranya suami anda sanggup mencium dan menjilat kemaluan anda sebagai tanda kasih sayangnya yang tidak terbatas, mengapa tidak anda melakukannya pada suami?

Anda dapat membalas kasih sayangnya dengan melakukan rangsangan mulut terhadap kemaluannya.

3). Yakinlah bahawa zakar suami anda sentiasa suci & bersih. Eloklah sekiranya anda berdua sentiasa mandi bersama. Ketika mandi,cucilah zakar suami dengan menggunakan sabun dan pembasmi kuman.

Pujuklah suami supaya mengamalkan pembersihan zakarnya pada setiap hari. Anda juga perlu lakukan perkara yang sama untuk menjaga kebersihan dan kecantikan faraj anda.

4). Sapukanlah makanan yang manis seperti madu, aiskrim atau susu pekat/krimer pada sekeliling zakarnya supaya anda merasa lebih senang mengulumnya. Ia dapat menyeronokkan suasana perhubungan.

5). Biasakanlah memegang dan membelai zakar suami ketika anda berdua menonton TV atau meluangkan masa lapang bersama dan tanpa dilihat oleh orang lain.