
BETULKAH
manusia yang merasakan dia memiliki itu benar-benar ia memiliki? Kerana
adanya benda-benda yang ia miliki itu adalah melalui usahanya. Kalau
dia tidak memiliki, apa pula buktinya? Mari bersama-sama saya untuk
memecahkan persoalan-persoalan tersebut. Moga-moga diizinkan ALLAH SWT
sesuai dengan tajuk yang sedang kita perkatakan ini.
Kebiasaannya
dalam kehidupan kita sehari-hari, manusia selalu mengatakan, "Ini harta
saya, ini kebun saya, ini estet saya, ini kenderaan saya" dan lain-lain
lagi. Yang mana semua yang disebut
tadi dikaitkan dengan dirinya.
Menjadikan manusia-manusia tadi orang-orang yang sombong,
bermegah-megah, menunjuk-nunjuk, mempamerkan kelebihan masing-masing.
Sehingga sampai hati menghina orang-orang yang tidak mempunyai apa-apa.
Mereka yang tidak punyai apa-apa dianggap rendah, hina, jijik, kurang
dan memalukan. Justeru itu dipertahankan berhabis-habisan milik mereka
itu hingga tidak dikorbankan ke jalan ALLAH dan tidak digunakan untuk
kepentingan masyarakat.
Sekalipun manusia itu pada lahimya ada
usaha-usaha yang dibuat sampai ia memiliki, dan memang usaha untuk
mendapat hak milik itu dibenarkan oleh ALLAH SWT selagi dia mengikut
lunas syariat, atau dengan kata lain dia mengambilnya secara halal, tapi
milik manusia itu sebenarnya hanya nisbi (dibangsakan) semata-mata.
Hakikatnya usaha lahir itulah yang menjadikan faktor penyebab ia
diizinkan ALLAH untuk memiliki, yang mana orang lain tidak boleh
mencerobohinya; seperti memiliki tanah, ladang, estet, kilang, rumah,
rumah sewa, kedai, kenderaan, binatang temak, emas perak, intan berlian,
Wang ringgit dan sebagainya. Dan pada hakikatnya benda-benda itu bukan
miliknya yang mutlak. Kenapa saya berkata begitu? Ini adalah kerana
semua itu barang ciptaan ALLAH yang diberi pinjam kepada manusia buat
hidup sementara di dunia yang akan binasa ini.
Sekali lagi
ditegaskan, oleh kerana melalui usaha-usaha lahirlah benda-benda tadi
dinisbahkan kepada milik manusia, ALLAH tidak biarkan begitu saja. ALLAH
SWT datangkan pula peraturan tentang kebebasan seseorang itu mempunyai
hak milik masing-masing (walaupun bukan hak milik mutlak). Sekaligus
ALLAH tetapkan melalui undang-undang- Nya, keselamatan manusia dan hak
miliknya itu mesti dilindungi dan tidak dicerobohi Tidak ada siapa yang
boleh mengganggu gugat sesuka hati tanpa izinnya. Jika berlaku juga
pencerobohan, penceroboh boleh dihukum mengikut peraturan-peraturan yang
ditentukan oleh ALLAH.
Apa bukti yang saya katakan manusia ini
tidak mempunyai atau memiliki apa-apa? Buktinya, katalah benda-benda
tadi, manusia rasakan atau mengaku milik atau kepunyaannya yang mutlak
kerana hasil usahanya sendiri. Harta miliknya, Wang ringgit miliknya,
ibadah yang banyak miliknya dan semuanya adalah miliknya. Cuba kita
tanyakan kepada manusia itu:
1. Tangan yang mengusahakan
sehingga dapat menghasilkan benda-benda tersebut, siapakah yang
ciptakan? Bukankah tangan itu ALLAH yang ciptakan dan diberikan
kepadanya?
2. Akal yang sentiasa berfikir sampai dapat
menghasilkan ciptaan atau rekaan-rekaan baru, moden lagi canggih itu,
siapakah yang menjadikan? Apakah akal serta daya fikir (IQ) manusia yang
menghasilkan berbagai-bagai kemajuan dan tamadun itu, manusia yang
menciptanya? Bukankah Tuhannya juga yang menciptakannya dan memberi
pinjam kepadanya.
3. Tanah, kebun, ladang dan estet yang
dikatakan miliknya itu, siapakah yang mencipta dan menjadikan kepingan
bumi itu? Bukankah ALLAH yang menciptakan dan menjadikannya?
4.
Rumah, rumah sewa, kilang dan segala bangunan yang dikatakan miliknya,
bahan rumah itu siapakah yang ciptakan? Kayu, batu, kapur dan besi untuk
buat rumah itu, apakah manusia yang menciptanya? atau ALLAH yang
menciptanya? Bukankah semuanya itu ALLAH yang menciptanya.
5.
Kenderaan yang dikatakan miliknya itu seperti kapal terbang, kapal laut,
bas, kereta, motor dan lain-lain, siapa yang mencipta besi yang menjadi
bahan kenderaan itu? Manusiakah atau Tuhan yang menciptanya? Otak
manusia yang mereka kenderaan itu sampai terjadinya kenderaan tersebut,
bukankah Tuhan juga yang menciptakannya? Getah yang menjadi sebahagian
daripada bahan kenderaan itu, siapakah yang menciptakannya? Tuhankah
atau manusia?
6. Emas, perak, intan berlian yang diperebutkan
oleh sesetengah orang dan sangat dibangga-banggakan oleh kaum wanita
itu, siapakah yang menciptakan? Tuhankah atau manusia yang menjadikan
bahan-bahan galian itu? Bukankah semuanya itu , Tuhan yang
menciptakannya?
Begitulah seterusnya, kalau kita bahaskan tentang
benda-benda lain yang dikatakan menjadi milik manusia itu, apakah
manusia yang menciptakannya? Atau Tuhan yang menciptakan? Tentulah
setiap hati akan menjawab bahawa ALLAH jua yang menjadikan semua isi
langit dan bumi termasuk seluruh makhluk. Dia-lah Pencipta yang mutlak.
Sekaligus semua benda itu menjadi milik-Nya dan hak-Nya. Bahkan
usaha-usaha manusia itu pun tertakluk kepada kuasa dan ciptaan ALLAH.
Kalaupun
pada lahirnya manusia itu mencipta atau membuat atau mereka sesuatu,
tetapi sebenarnya mereka hanya menyusun-nyusun apa yang telah sedia ada,
iaitu bahan-bahan yang telah dijadikan oleh ALLAH SWT itu.
Apa
kata kalau tidak ada bahan-bahan yang diciptakan oleh ALLAH itu,
bolehkah manusia membuat tanah sendiri? Bolehkah manusia membuat kayu
sendiri? Bolehkah manusia membuat besi sendiri? Bolehkah manusia buat
getah sendiri, intan berlian dan emas perak sendiri, dan lain-lain lagi?
Apakah semuanya itu manusia boleh membuatnya? Kalau bahan-bahan tadi
tidak diciptakan oleh ALLAH, . apakah manusia dapat membuat kereta?
dapat bangunkan rumah? dapat berfikir? dapat buat segala-galanya? Tentu
tidak.
Kalaulah tidak ada otak, tangan, kaki, telinga dan
lain-lain yang ALLAH ciptakan itu, apakah manusia mampu menyusun
bahan-bahan tersebut? Bolehkah bahan-bahan tersebut tersusun-susun
dengan sendirinya jadi kereta, kapal terbang, kapal, rumah, meja, paku,
hinggalah ke sekecil-kecil barang atau benda? Tanpa otak yang ALLAH
jadikan, sudah tentu manusia tidak boleh berbuat apa-apa.
Perlu
juga diingatkan di sini tentang sesetengah orang yang merasakan amal
ibadah dan usahanya adalah miliknya. Sehingga menganggap dirinya hebat
beramal, banyak Tahajjud, banyak puasa, banyak naik haji, banyak
bersedekah, banyak menolong orang lain (melakukan khidmat masyarakat)
dan sebagainya. Selalu kita dengar sesetengah orang suka membual-bualkan
amal ibadah mereka dengan bangganya, seperti katanya, "Saya kuat
Tahajjud", "Saya puasa tiga bulan berturut-turut" , "Saya sudah sepuluh
kali naik haji", "Dia dapat hidup tu, saya yang menanggungnya" , "Masjid
ni sayalah yang bina" dan bermacam-macam lagi hingga dia rasa ujub dan
riyak.
Kadang-kadang sampai menghina-hina atau memperli-perli
orang lain yang tidak dapat berbuat seperti mereka. Kerana dia terasa
lebih daripada orang lain. Dia rasa bahawa seluruh amalan yang dia buat
itu adalah miliknya. Dia lupa amal ibadah itu adalah hadiah daripada
ALLAH SWT.
Kalau begitu, mari kita tanya orang ini:
1.
Anggota kepala, otak, badan, kaki dan tangan yang mengusahakan sehingga
dapat menghasilkan Tahajjud, haji, puasa yang baik dan banyak itu,
siapakah yang menciptakannya? Bukankah ALLAH yang menciptanya?
Anggota-anggota yang berdiri, rukuk, sujud, apakah milik dia atau milik
ALLAH? Mulut yang digunakan untuk berzikir itu, apakah dia yang mencipta
atau Tuhan yang menciptanya?
2. Detikan hati yang mendorong
tangan untuk bersedekah, menolong orang (melakukan khidmat masyarakat),
siapa yang mengingatkan dan mendorongnya? Dirinya atau Tuhan yang
menciptakannya?
Tentulah hati menjawab ALLAH jua yang menjadikan
semuanya. Sekaligus milik-Nya. Kalaupun lahimya manusia mampu beramal
banyak, beribadah banyak, tapi itu semuanya adalah hidayah dan dorongan
dari ALLAH, yang tanpanya tentulah mereka tidak akan beramal dan
beribadah.
Andaikata tidak ada anggota-anggota yang ALLAH
ciptakan itu, bolehkah dia bertahajjud, berpuasa, sedekah, buat khidmat
masyarakat dan sebagainya? Apakah semua anggota itu manusia boleh
membuatnya? Kalaulah anggota-anggota itu tidak ada, alangkah malangnya
manusia ini. Tanpa anggota-anggota itu manusia tidak boleh buat apa-apa.
Bahkan tidak bernilai dan berharga langsung.
Untuk hal-hal yang
berkaitan dengan alam maknawiyah pula, manusia selalu tersilap tafsir.
Kerana merasakan itu juga adalah miliknya. Antaranya manusia merasakan:
1. Kedudukan, pangkat, jawatan dan kuasa adalah miliknya.
2. Cerdik, pintar, bijak, petah adalah miliknya.
3. Handal, kuat, gagah, bertenaga, sihat adalah miliknya.
4. Berilmu, berpengalaman, peka, pakar, berjaya adalah miliknya.
5. Rajin, sabar, syukur, redha, pemaaf dan lain-lain lagi adalah miliknya.
Bila
itu semua dirasakan miliknya, maka disebut-sebutnya tentang
kelebihannya itu; sekurang-kurangnya terlintas di hati dengan katanya,
"Tak tahu ke aku ni orang yang berpangkat? Aku tangkap dan penjara
nanti", "Nampaknya tidak ada yang lebih cantik, lawa, cerdik, bijak dari
aku", dan bermacam-macam lagi kata-kata yang boleh membuat orang
tersinggung, marah, luka hati, benci serta meluat.
Sikap-sikap
buruk atau perangai keji ini timbul daripada rasa ujub (hairan dengan
diri sendiri), rasa riyak, sombong, ego, besar diri, iaitu nafsu jahat
yang ada dalam din seseorang itu. Sehingga sanggup dia memperkecil-
kecilkan orang lain, menghina-hina, memperleceh- lecehkan, memalukan dan
menjatuhkan maruah orang di depan orang lain kerana dia terasa lebih
daripada orang lain. Dia terasa kelebihan-kelebihan itu kepunyaannya.
Sekiranya
ia dipuji orang dengan kelebihan-kelebihan yang ada padanya, dia rasa
bangga, hatinya berbunga, makin terasa dia seorang yang luar biasa.
Kesimpulannya,
dia merasa bahawa segala kelebihan yang ada padanya itu adalah milik
dan kepunyaannya. Dia lupa bahawa segala-galanya adalah nikmat dan milik
ALLAH dan dihadiahkan kepadanya. Patut dia terasa malu dengan ALLAH dan
bersyukur pada-Nya.
Benarkah hal-hal maknawiyah dan rohiyah yang
ada pada manusia itu adalah milik mutlaknya? Kalau begitu mari kita
tanya mereka itu:
1. Kuasa, pangkat, jawatan, kedudukan yang ada padanya itu milik siapa?
Akal
yang digunakan untuk berfikir sampai dia boleh mentadbir dan menjawat
jawatan dan kedudukan yang tinggi, siapakah yang menciptakannya? Diakah
atau Tuhan? Rohnya yang menggerakkan anggota-anggotanya hingga jadi
cukup bertenaga dan akhirnya mendorong dia jadi berkuasa itu, siapakah
yang menjadikannya? Dia atau Tuhankah yang menjadikannya?
2. Kecerdikan, kepintaran, kepetahan yang dikatakan miliknya itu, siapakah yang jadikan? ALLAH-kah atau dia yang menjadikan?
3. Handal, kuat, gagah, bertenaga dan sihat yang dikatakan miliknya itu, siapakah yang menjadikannya? Tuhan atau diakah?
4.
Berilmu, berpengalaman, peka, pakar, berjaya yang dikatakan miliknya
itu, siapakah yang menjadikan ilmu itu Tuhankah atau dia sendiri? Siapa
yang memberi ia umur panjang dan lama hidup? Tuhankah atau dia sendiri?
Sensitif dan perasa yang ada pada deria lidah, mata, telinga, hidung dan
kulit yang menjadikan ia peka itu siapakah yang menjadikannya? Diakah
atau Tuhan?
5 . Rajin, sabar, syukur, redha yang dirasakan
miliknya itu,dari mana datangnya tangan dan anggota yang rajin itu?
Tuhankah atau dia? Dia dapat bersabar, bersyukur dan redha itu, siapakah
yang jadikan hatinya itu? Tuhankah atau dia?
Hati setiap orang
akan menjawab dengan sendirinya ALLAH-lah yang menjadikannya. Jika ada
pun pada lahirnya manusia itu cerdik, pintar, bijak, petah, handal,
kuat, gagah, bertenaga, sihat, berilmu, berpengalaman, peka, pakar,
berjaya, rajin, sabar, redha, syukur, pemaaf dan lain-lain lagi, itu
adalah nisbi atau nisbah atau dibangsakan semata-mata. Sebenarnya ia
tetap menggtmakan akal, ilmu, tenaga dan lain-lain anggota maknawiyah
yang telah sedia ALLAH jadikan.
Apakata seandainya ALLAH tidak
berikan apa-apa kepadanya. ALLAH tidak beri roh (nyawa), akal, ilmu,
tenaga; sudah tentu tidak punya erti apa-apa lagi. ALLAH tarik roh,
ertinya manusia akan jadi mayat yang tidak berguna lagi, bahkan
menyusahkan orang yang hidup menguruskannya. ALLAH tarik ilmu, manusia
jadi bodoh; ALLAH tarik tenaga, manusia akan lumpuh. ALLAH tarik deria
mata, manusia jadi buta; ALLAH tarik deria telinga, manusia jadi pekak.
ALLAH tarik satu urat sahaja, manusia jadi cacat. Begitulah seterusnya
yang menunjukkan semua yang ada pada manusia itu adalah milik ALLAH yang
mutlak. Untuk orang-orang ini sudah pun ALLAH ingatkan dengan
amaran-amaran keras melalui fir-man-Nya:
Terjemahan: Dan Dia-lah
yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi dan Dia meninggikan kamu
atas sebahagian yang lain beberapa darjat untuk mengujimutentang apa
yang diberikun-Nya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat
seksaan-Nya. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Al
An'am 165)
ALLAH juga memberi warning kepada orang yang suka melahirkan apa yang ada dalam hatinya. Firman-Nya:
Terjemahannya:
Kepunyaan ALLAH-lah segala apa yang ada di langit dan di bumi. Dan jika
kamu melahirkan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu
menyembunyikannya nescaya ALLAH akan membuat perhitungan dengan kamu
tentang perbuatanmu itu. Maka ALLAH mengampuni siapa yang dikehendakiNya
dan menyeksa siapa yang dikehendakiNya dan ALLAH Maha Kuasa atas segala
sesuatu. (Al Baqarah: 284)
Jadi nampaklah sekarang ini oleh mata
lahir dan mata batin (hati) kita bahawa segala yang lahir dan yang
batin semuanya ciptaan ALLAH, bukan ciptaan manusia. Ertinya ia hak
milik ALLAH yang mutlak yang hanya diberi pinjam kepada manusia mengikut
ketentuan di azali lagi. Kemudian ianya diagih-agih mengikut
kehendak-kehendak- Nya sebagai amanah-Nya agar dapat dijadikan alat oleh
manusia untuk memudahkannya mengerjakan perintah ALLAH SWT. Itulah
tujuan sebenar nikmat-nikmat itu diberi oleh ALLAH kepada manusia.
Bila-bila
masa sahaja ALLAH boleh mengambilnya balik dari manusia atau boleh
mengekalkannya. ALLAH beri benda-benda tersebut dan lain-lain lagi
dengan tujuan supaya semuanya itu digunakan kepada apa yang diredhai
oleh ALLAH sahaja. Kerana semua itu ciptaan-Nya dan kepunyaan-Nya. Kita
tidak boleh menggunakannya sesuka hati.
Oleh itu jelaslah bahawa
bila manusia dikatakan memiliki itu dan ini, ianya hanya merupakan nisbi
(dibangsakan) semata-mata. Bukan secara mutlak. Hakikat sebenamya
manusia ini tidak punya apa-apa. Kerana pada hakikamya barang itu bukan
milik manusia, maka ia tidak boleh menggunakannya sesuka hati, tapi
tertakluk kepada kehendak-kehendak dan peraturan-peraturan yang ALLAH
telah tetapkan. Kalau manusia ini menyalahgunakan barang kepunyaan ALLAH
itu, sewaktu ALLAH menjemput nanti mereka akan ditanya, cara mana ia
mendapatkan barang-barang itu dan ke mana ia digunakan.
Kalau
begitulah hakikatnya, ertinya apa yang ada pada manusia ini adalah
pinjaman ALLAH. Mana boleh dibangga-banggakan dan mana boleh manusia
bermegah-megah dan sombong dengan benda-benda tersebut. Juga mana boleh
manusia menggunakannya sesuka hati tanpa mengikut peraturan yang telah
ditetapkan oleh ALLAH yang mencipta dan memiliki barang-barang itu.
Kalau
manusia tidak menggunakan ciptaan dan milik ALLAH yang ada padanya itu
untuk ALLAH dan apa yang diperintahkan ALLAH maka mereka dianggap kufur
dengan nikmat. Risikonya terimalah nanti balasan ALLAH di Akhirat dengan
Neraka. Wal'iyazubillah. Begitulah amaran Allah dalam ayat:
Terjemahannya:
Sesungguhnya jika kamu bersyukur (di atas nikmat) nescaya Kami akan
tambah lagi kepada kamu. Dan jiku kamu kufur (kufur nikmat) sesungguhnya
azab-Ku amat pedih (yang bersangatan) . (Ibrahim: 7)